Whole Chicken In Philips Pressure Cooker

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum and Good Afternoon,

image

Maaf noh tak tau nak tulis tajuk kot Melayu, dah cuba macam pelik…kekeke. Hari ni saya cuba masak seekor ayam tanpa dipotong dengan menggunakan pressure cooker elektrik Philips model HD2139.

Periuk ini saiznya 6 liter jadi ayam saiz besar memang muat elok.

Bahan-bahan:

image

image

image

1. Seekor ayam.
2. Kentang.
3. Karot.
4. Halia.
5. Perahan limau.
6. Daun pandan.
7. Daun selasih (sweet basil)
8. Cili (saya guna cili hijau yang buat solok lada)
9. 2 sudu besar sos lada hitam
10. Garam dan serbuk lada hitam – perap ayam.

Cara-caranya:

image

image

image

1. Setkan periuk untuk ayam. Masukkan sedikit minyak ke dalam pressure cooker.
2. Kemudian masukkan ayam yang sudah diperap dengan garam dan serbuk lada hitam, alih-alihkan ayam. Proses ini sekadar untuk beri warna yang menarik pada bahagian luar.
3. Masukkan sahaja semua bahan yang disediakan tadi ke dalam periuk. Sebahagiannya disumbat ke dalam perut ayam. Jika hendak berkuah tambah sedikit air.
4. Tutup periuk. Bolehlah nok gi buat kerja lain. Nanti timer jaga periuk. Heeee.
Siap.

image

image

Lembut sungguh isinya walau masak seketoi macam tu. Waktu nak angkat keluar peha dan sayap semua terjatuh. Hehehe.

Selamat mencuba!

Sangat muda menggunakan Philips Pressure Cooker.
Menjimatkan masa ibu-ibu yang sibuk, cepat dan kita boleh tinggalkan sahaja selepas disetkan periuk.

#philips
#memasakdenganmekzurots