Ujian Kebakaran Mendekatkan Kami – Bahagian Ke 3

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah. Selamat kembali ke Serambi Mekah untuk meneruskan perjuangan sebagai WAHM. Urusan di Kedah telah dilangsaikan sebaiknya bersama adik-adik demi keselesaan mak & abah.

Terima kasih sekali lagi pada kaum keluarga, penduduk Kampung Permatang Durian yg hebat tenaga positifnya, rakan2 dari NGO Wargakilang + Intel + UTM + ABDR + SMKAK + ABS + azuraabdullah.com + fb dan semua yang telah memberi sokongan padu kepada kami sekeluarga. Terharu. Terharu kerana rupa-rupanya kami sekeluarga punya “keluarga besar” di luar sana. Tak terbalas jasa baik kalian. Kami sekeluarga doakan kalian dikurniakan kesihatan berpanjangan dan rezeki melimpah ruah dari Allah swt.

Salam kasih sayang dari kami sekeluarga.

Wassalam.