Tips Mudah Memasak

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

urusmasaperibadi

Alhamdulillah.
Hari ni cuaca cerah setelah 5 hari hujan tanpa henti.

Lega. Selesai sudah siapkan stok masakan untuk seminggu akan datang.

Bagi pembaca buku BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI ada praktis tak apa yang saya kongsikan di mukasurat 90, “Pengurusan Masa Peribadi”?

Cubalah amalkan.
InsyaAllah bila sudah sebati dengan kita ianya amat membantu kita kaum ibu khasnya yang memakai banyak topi.
Isteri, ibu, anak, pekerja atau majikan…semuanya dalam satu masa.

Pengurusan masa peribadi yang baik sangat penting supaya kita tidak membawa emosi negatif ke tempat kerja atau bisnes sendiri.

Pengurusan masa kerja majikan yang baik juga amat penting supaya kita tidak membawa emosi negatif pulang ke rumah dan bisnes.

Ianya saling bergantungan.

Saya kongsi tips untuk suri supaya anak-anak dan suami masih dapat merasa air tangan kita walau kita bekerja dan berniaga dalam masa yang sama di sini ya.
Ini apa yang saya buat dulu waktu masih bekerja dan punya butik, saya tiada maid, anak-anak pula di sekolah Cina, perlu bawa bekal setiap hari.

1. Beli stok masakan untuk 1 minggu 1 kali sahaja. Kaedah berjimat cermat juga ini, kalau dah hari-hari singgah kedai benda tak patut beli dah kita nak beli juga.

2. Pilih 1 hari bekerja anda untuk membeli belah barang masakan. Dulu saya pilih Isnin kerana ada pasar malam dekat rumah, balik kerja terus singgah. Tujuannya untuk elak kesesakan dan buang masa shopping hujung minggu. Hari ini juga hari untuk reward, makan malam di luar.

3. Balik rumah siang dan mesin apa yang patut dan stokkan di dalam peti sejuk. Ikan, ayam, sotong, udang…untuk tahan lama letak air dan perah limau nipis. The best kalau anda ada ruang, satu bekas untuk satu hidangan masakan. Nanti mudah kerja nak defrost. Saya peti sejuk comey lotey, cenggini sajalah.

4. Balik kerja InsyaAllah anda masih sempat masak masakan ringkas. Campak sahaja kerana bahan-bahan sudah siap.

Itu yang saya amalkan selama 17 tahun bekerja.
InsyaAllah anda juga boleh.

‪#‎suribekerjaberniaga‬
‪#‎azuraabdullah‬