Tips Mendamaikan Anak-Anak Kecil Yang Bergaduh

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah & Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera para suri sekalian.

Sebenarnya saya pernah berkongsi gambar dan tips ini di facebook fanpage saya iaitu Comey Belako Boutique. Saya mendapat maklumbalas yang baik dan ada juga yang menghantar email dan sms kepada saya untuk terus berkongsi tips-tips sebegini. Terima kasih yang tak terhingga pada sokongan anda semua. Moga Allah swt membantu kita untuk sama-sama menjadi ibu dan suri yang hebat kepada anak-anak dan suami.

Tidak dinafikan banyak cabarannya menangani kerenah anak-anak kecil yang dalam proses pembesaran. Tambahan lagi saya pula mempunyai 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Hanya mereka yang punya ramai anak lelaki yang paham betapa meriahnya rumah dengan kerenah hero-hero ini :) .

Jadi ada yang bertanya bagaimana saya melakukannya. Sebelum saya teruskan, saya ucapkan terima kasih pada suri-suri pelanggan saya kerana percayakan saya diluar kotak bisnes. Terima kasih sekali lagi. Saya amat gembira kerana ukhuwah kita bukan setakat peniaga dan pelanggan. Alhamdulillah.

Heart&hearing

Saya pernah terbaca satu artikel mengatakan ketika kita marah kita akan terjerit-jerit antara satu sama lain walaupun pasangan kita hanya berada di sebelah kita kerana ketika itu dua hati berjauhan, terdapat jarak yang jauh antara dua hati. Jadinya untuk mengisi jarak itu, maka kita secara separa sedar menjerit.

Bila kita ada rasa kasih, dua hati berdekatan, tiada jarak. Makanya bila kita bercakap, nadanya penuh kelembutan. Macam waktu bercinta dahulu…cakap di telefon pun berbisik-bisik. Gitu :)

Jadi itulah aplikasi kami suami isteri. Jika anak-anak bergaduh, untuk leraikannya mereka akan didenda untuk memeluk antara satu sama lain. Ianya amat berkesan sekali dan selalunya akan berakhir dengan linangan air mata kemaafan.

Selamat mencuba dan terus berdoa. InsyaAllah. Lembut hati anak-anak kita.

Didoakan ada manfaatnya.

Wassalam.