Tentang Panda Gergasi (Giant Panda)

Teks: Azura Abdullah
Foto: Koleksi Peribadi Azura Abdullah
Sumber Teks: http://nationalzoo.si.edu/

Panda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kini rata-rata heboh tentang Panda yang comel itu. Makanya saya pun mahu berkongsi beberapa keping gambar ketika saya berpeluang melawat Panda Zoo & Giant Panda Research Centre di Chengdu, China pada penghujung tahun 2012. Saya ke sana atas urusan kerja selama 1 minggu sebenarnya dan mengambil peluang hujung minggu melawat sekitar Bandar Chengdu bersama rakan sekerja saya yang bernama Kai Weng. (i hope you read this Kai Weng :) ).

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sejak berjuta-juta tahun dahulu Panda Gergasi ini telah hidup di kawasan hutan buluh. Ianya adalah haiwan yang amat istimewa. Secara geografinya Panda Gergasi (Giant Panda) ini hidup di beberapa pergunungan di tengah negeri China seperti di daerah Sichuan, Shaanxi dan Gansu. Pernah pada suatu ketika dahulu Panda Gergasi ini hidup di kawasan rendah tetapi mereka berpindah ke kawasan pergunungan akibat kawasan hutan yang makin mengecil, pertanian dan juga pembangunan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Panda gergasi ini berwarna hitam-putih dan rupa bentuk fizikalnya adalah seperti beruang yang lain. Panda Gergasi ini mempunyai bulu hitam di bahagian matanya seperti memakai cermin mata hitam. Bulu bahagian tangan dan kakinya juga berwarna hitam. Bahagian-bahagian lain semuanya berwarna putih. Bulu Panda Gergasi yang tebal dapat melindungi mereka dari cuaca habitat mereka yang sejuk. Begitu juga dengan giginya yang kuat dan tajam memudahkan Panda Gergasi ini mengunyah makanan kesukaannya iaitu buluh.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Panda Gergasi ini boleh mencapai ketinggian dari 2 sehingga 6 kaki tinggi dan boleh mencapai berat sehingga 250 pounds bagi Panda Gergasi jantan dan 220 pounds bagi Panda Gergasi betina.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Panda

Panda Gergasi ini telah disenarai sebagai binatang dilindungi oleh “World Conservation Union’s (IUCN’s) Red”. Kini hanya tinggal 1,600 Panda Gergasi di hutan dan 300 ekor Panda Gergasi lainnya hidup di serata zoo dan pusat penyelidikan di seluruh dunia termasuklah 2 ekor panda comel yang baru diterima oleh Malaysia sebagai simbolik hubungan diplomatik antara China dan Malaysia baru-baru ini.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Para saintis tidak begitu pasti tentang jangkahayat sebenar Panda Gergasi ini. Walaubagaimanapun mereka amat pasti bahawa jangkahayat Panda Gergasi di dalam zoo adalah lebih lama berdasarkan laporan-laporan yang dibentangkan oleh pihak zoo. Para saintis China melaporkan Panda Gergasi di zoo mereka dapat hidup sehingga umur 35 tahun.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Panda Gergasi liar bergantung hampir 99% kepada buluh sebagai sumber makanannya dicampur sedikit rumput dan pokok-pokok hutan lainnya. Manakala di zoo makanan bagi Panda Gergasi ini dipelbagaikan dan tidak terhad kepada buluh sahaja seperti tebu, biskut khas, epal, kentang dan karot. Panda Gergasi duduk seperti manusia ketika makan dan memerlukan jumlah yang besar untuk mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan, iaitu antara 20-40pounds buluh sehari. Untuk menghabiskan makanan sebanyak ini sehari, ini bermakna Panda Gergasi ini perlu memperuntukkan 10-16jam sehari mengunyah dan makan. Bakinya untuk bermain, berehat dan tidur. Comel bukan!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Panda Gergasi mencapai umur matang antara 4 hingga 8 tahun dan berada pada tahap kesuburan sehingga umur 20 tahun. Panda Gergasi betina akan mengandung di antara 95-160 hari selepas mengawan. Kebiasaannya Panda Gergasi akan melahirkan 2 ekor anak, walaubagaimanapun kebiasaannya hanya seekor yang hidup. Anak panda selalunya akan bersama ibunya sehingga 3 tahun dan kemudiannya akan berdikari di dalam hutan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Melihat gelagat Panda Gergasi ini bergurau, bermain dan makan memang asyik sekali. Comel. Walaubagaimanapun Panda Gergasi ini tetap sama bahayanya sebagaimana beruang-beruang dari species lain.

Diharap perkongsian ringkas ini memberi sedikit informasi tentang Panda. Boleh berkongsi dengan anak-anak anda yang pastinya tak jemu-jemu bertanya :)

Wassalam.