Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Allahuakbar. Pembaca budiman, doakan saya Allah swt beri kelapangan fikiran dan idea yang mencurah-curah. Agak lekat rasanya seminggu dua ini untuk mencurahkan idea ke keyboard. Terpaksa saya angkat break lagi dan mengasah minda dengan sebuah lagi karya agung HAMKA, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Saya dah mulakan bacaan lama dah tetapi anakanda Mek Na minta nak baca dahulu, jadi bacaan saya terhenti. Kelmaren saya sempat habiskan bacaan saya.

Sebuah kisah percintaan antara dua darjat yang disampaikan dengan sopan dan lembut tetapi penuh kritik sosial serta tajam.
Ini apa yang boleh saya belajar dari pembacaan naskah agung ini.

> Walau apa keturunan dan darjat kita, didikan dan acuan ibubapalah yang bakal membentuk anak-anak nantinya.

> Cinta ibarat memburu rusa di belantara, semakin diburu semakin hilang.

> Sembahlah Allah di waktu senang dengan penuh khusyuk supaya Dia ingatkan kita di waktu sengsara, membimbing tangan, menunjuk haluan dan menerangi kegelapan.

> Cinta adalah iradat Tuhan yang dikirim ke dunia agar tumbuh. Jika dilemparkan ke tanah tandus lagi gersang dan tumbuh akan memudaratkan orang lain. Jika datang kepada hati yang keruh dan budi yang rendah akan rosak binasa. Tetapi jika cinta hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keihklasan dan taat kepada Ilahi.

> Wang adalah pemudahcara hidup, wang juga pemusnah hidup jika nilai hidup berpaksikan dunia dan adat serta memperalatkan agama.

> Kebahagiaan bukan terletak pada rumah yang indah, wang yang banyak dan perempuan yang cantik.

> Kecelakaan, kesempitan hidup, kesusahan kebanyakan darinya berpunca dari diri sendiri.

> Alam itu kadang-kadang bisu dan kadang-kadang berkata, kadang-kadang muram dan kadang-kadang gembira rupanya. Semuanya itu bergantung kepada warna hati yang melihatnya.

> Kenapa dibiarkan hati bersedih dan bersusah di alam ini? Orang yang berada di dalam kecelakaan di dunia ini hanya 3:
1. Orang yang DENGKI apabila Allah swt memberi nikmat kepada orang lain. Kesakitan hatinya itulah yang memyebabkannya celaka, walhal nikmat Allah swt tidak dapat dihapuskan oleh tangan manusia.
2. Orang yang TAMAK dan LOBA. Orang yang tidka pernah merasa cukup dengan apa yang ada di tangannya. Selalu menyesal dan mengeluh, padahal apa yang diperolehinya tidak akan lebih dari apa yang telah ditentukan Allah swt dalam kudratnya.
3. Orang BERDOSA yang terlepas dari tangan hakim kerana mencuri, membunuh atau memperkosa anak isteri orang.
Orang sebegini walau terlepas dari hukuman dunia tidak akan merasai nikmat di mana-mana kerana kesalahan dan darah di tangan sentiasa terbayang-bayang.

> Kekayaan yang dicita-cita ahli seni bukan kekayaan wang, tetapi kekayaan bahagia, kekayaan alam yang tercurah ke kalbunya. Bagitulah lazimnya kepada ahli seni seperti jurugambar, pelukis dan penulis.

> Di belakang kita tertulis satu tugu iaitu NASIB, bagaimana pun kita cuba mengelak dari ketentuanNYa sudah tertulis NASIB kita.

> Terdapat 2 golongan manusia:
1. Golongan KEBENDAAN – Mereka yang memungkiri alam dan sukakan kemewahan. Negeri yang disukai ialah kota-kota yang ramai dan pakaian yang digemari ialah yang menarik perhatian mata lelaki bagi wanita hinggalah ke gincu bibir.
2. Golongan KEJIWAAN – Negeri yang mereka sukai ialah negeri di mana belum dicampuri tangan manusia, yang aman dan tenteram.

> Cita-cita tidka dapat melawan kehendak takdir.

> Hargai sesuatu/seseorang ketika masih ada, peluang jarang datang kembali.

Didoakan ada manfaatnya reviu ini. Sebuah naskah yang sangat memberi kesan kepada saya dan membuat saya jatuh cinta dengan setiap susun atur serta mesej tersiratnya. Saya akan terus mencari naskah HAMKA yang lainnya selepas ini. Sejujurnya sepanjang 17 tahun bekerja di sektor perkilangan, genre bacaan saya lebih kepada buku berbahasa Inggeris perihal pengurusan, motivasi dan duit yang mana berkaitan dengan keperluan kerja saya. Alhamdulillah di atas pengalaman baru ini.

“Kekayaan yang dicita-cita ahli seni bukan kekayaan wang, tetapi kekayaan bahagia, kekayaan alam yang tercurah ke kalbunya.”-HAMKA

Wassalam.

#catatanmekzurots
#tenggelamnyakapalvanderwijck
#buku
#zurotsnbooks