Taming Creative – cenderahati dari hati.

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

image

Sebenarnya saya bercadang untuk hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 sekurang-kurangnya 2 hari.
Almaklumlah si minah kilang yang baru setahun jagung terjun dalam bidang penulisan.
Mestilah teruja.
Hotel semuanya siap diatur.

Tiba-tiba kelmaren terima sms dari mak yang dikasihi dari kampung.
Mak nak datang hujung minggu ini juga.
Anak-anak sudah tidak sabar lagi menunggu maktok sampai.
Isyraf cakap gulai ikan termenung maktok yang paling best di dunia.

Saya terpaksa korbankan hajat untuk ke PBAKL 2015 selama 2 hari, dipendekkan ke beberapa jam sahaja.
Yang penting saya pergi, itu komitmen saya terhadap penerbit saya yang gigih berusaha Tuan Shah Othman.
Ambil flight pagi dari Kota Bharu dan balik sebelah malam.

Belum pun sempat saya ke PBAKL 2015, Allah swt sudah gantikan pengorbanan kecil saya untuk mak dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Semalam saya dihubungi Tuan Wan Taming, pemilik syarikat percetakan dan cenderamata.
Beliau mahu menaja woven bag yang dicetak kulit buku saya kepada 30 pembaca yang bertuah pada 24hb.April, jam 5-6ptg sewaktu sesi bersama penulis.
Pembaca akan turut saya hadiahkan dengan penanda buku I AM SURI SUPER sewaktu sesi tersebut, air tangan Tuan Wan Taming juga.

Alhamdulillah.
Malunya pada Allah swt.
Pengorbanan yang sangat kecil berbanding pengorbanan mak yang tidak terbalas sudah diganti awal-awal lagi.
Terima kasih Tuan Wan Taming.

image

Walaupun saya menetap di Kelantan, saya sangat selesa berurusan dengan Tuan Wan Taming.
Kad bisnes, penanda buku, pelekat nama, pelekat produk dan sampul duit raya semuanya saya tempah dari beliau.
Saya dan suami pelanggan setia beliau.
Seorang yang mudah dan memudahkan.
Harga pula sangat berpatutan.

Jika ada yang mahu dapatkan khidmat beliau boleh terus PM ke Facebook: Wan Taming atau
email ke tamingcreative@gmail.com