Tag: Motivasi

Cari Akhirat, Dunia Datang

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Dua ekor ni dah sihat, dah boleh bermain bersama-sama. Bibik ni kena heret dengan si Adam yang pada mulanya tak mahu keluar dari biliknya sekejap tadi, merah dah tapak tangan. Macam ni lah saya setiap pagi, sibuk ya amat bekerja dari rumah ini. Siapa cakap




Menang Tetapi Kosong

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Puding Roti campak-campak, saya guna lebihan beberapa potong Potato Bun yang diberi Tuan Bob sewaktu misi Jalan2 Masuk Kampung menyantuni 20 keluarga asnaf di Temangan, Kelantan pada Jumaat yang lepas dan juga bahagian kulit roti di rumah yang masih berbaki. Tiba-tiba rasa syahdu dan teringatkan




Kita Adalah Pejuang!

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Apapun ujian yang dihadapi… Bangkit dan tinggalkan selimut kesedihan. Bangkit dan tinggalkan selimut kelemahan. Bangkit dan tinggalkan selimut kemalasan. Bangkit dan tinggalkan selimut mahu lari dari sejuta permasalahan. Kita adalah pejuang semenjak hari pertama kita dicipta di dalam rahim bonda syurga kita. Bangkit wahai pejuang.




Alahai Letihnya Bekerja

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya simpati pada ramai surirumah yang hubungi saya perihal stress bekerja dan urusan rumahtangga, ditambah pula dengan masalah kewangan. Saya juga mahu ucapkan terima kasih kerana memilih saya untuk berkongsi rasa. Saya pun sama sahaja…manusia biasa, poket sekejap kembang kempis juga. Perit penangan banjir pun




Bahagia – Pilihan Di Tangan Kita

Teks : Azura Abdullah Foto : Azura Abdullah Sewaktu sedang menunggu giliran mengisi minyak sekejap tadi, mata masuk habuk lah pula tiba-tiba. Ada sebuah motosikal meluru laju ke pam minyak. Motosikal itu dibawa lelaki berkain pelikat, dibonceng seorang anak kecil comel (5 tahun saya kira) dan anak gadis remaja. Berhenti sahaja motosikal, terus si comel




5 Pengajaran Dari Cerita Heart of Taiko

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Minggu lepas saya berpeluang  menonton rancangan ‘Heart of Taiko’. Sebuah cerita hiburan yang kelihatan biasa-biasa sahaja pada permulaannya. Kebetulan saya sedang minum petang bersama keluarga waktu itu. Saya terdorong untuk menonton kerana melihat anak-anak saya begitu teruja. Cerita ini mengisahkan 3 remaja dari Malaysia yang




Anakku Tangan Satu – Hadiah Dari Syurga

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah   Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT dengan izinnya saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman di salah sebuah portal maya Tazkirah.net bersama penulis-penulis lain yang hebat. Kerdilnya saya. Didoakan usaha dakwah kecil ini dapat membantu mengubah landskap pemikiran rakyat Malaysia khususnya terhadap hadiah dari syurga ini.




Bijak Kendali Belanjawan Keluarga – Majalah Nur

Teks: Azura Abdullah Foto: Majalah Nur, Edisi Januari 2015 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki dalam pelbagai cara. Penutup 2014 yang positif. Penulisan blog yang tidak pernah sia-sia. Teruja sekali bila melihat ruangan ‘Sorotan Utama’ berkongsi mukasurat 81 bersama suri hebat idola kewangan saya Puan Hajah Rohani Dato’Hj.Mohd Shahir yang juga merupakan pengasas




Tips Mengelak Ketirisan Bajet Setiap Bulan

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah & Carian Google Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Selain dari persoalan bisnes hal pengurusan kewangan rumah tangga antara topik yang kerap singgah di inbox saya. Saya bukanlah individu yang terbaik untuk memberi panduan, walaubagaimanapun saya suka untuk berkongsi pengalaman saya dan bagaimana saya dan suami menguruskannya. Soalannya ialah, ‘Bagaimana mengelakkan




Kenapa Menulis ?

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Kenapa Menulis? Ini antara soalan yang ramai Suri tanyakan kepada saya dan juga Guru-Guru Online di Akademi Bekerja Di Rumah. Kenapa perlu menulis dan berkongsi informasi dan kemahiran di blog? Kenapa? Di Akademi Bekerja Di Rumah, para Suri ditekankan kepada ‘start-up’ bisnes dengan kos paling minima atau dalam Bahasa




Soal Jawab : Nak Mula Berniaga, Tak Tahu Nak Jual Apa

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Waktu mula-mula nak berniaga memang macam tu. Kita nak jual tu nak jual ni. Tambah-tambah lagi tengok orang lain buat menjadi. Kenapa tidak kita kan. Satu lagi bila baru nak mula ni kita pun tak tahu atau tak sedar minat, kelebihan dan kekuatan kita di




Good Luck Untuk Semua Anak-Anak & Ibubapa – UPKK, UPSRA & PT3

Teks: Azura Abdullah Foto: Carian Google   Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Selamat menghadapi peperiksaan PT3, UPKK dan UPSRA yang bermula hari ini kepada semua pelajar di seluruh Malaysia dari Auntie Zura di sini. Untuk para ibubapa, tenang-tenang ya. Ini jadual peperiksaan UPKK dari anakanda MekNa: Wassalam.




Bersiaran Di Majalah Era Muslimah BIL28 Oktober 2014

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah. Dengan izinNya disulami konsistensi menulis di ruang maya www.azuraabdullah.com dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman melalui dinding media sosial, saya dihidu oleh Puan Editor Yang Dirahmati Allah swt, Puan Nik Fauziah Nik Hussin. Ini merupakan kali ke 4 kemunculan saya di media dalam tempoh 9




Duit Tipu

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Ibu cakap sebelum kawin abah pakai kereta buruk ja. Orang lain semua pakai kereta mahal. Tapi abah dah beli rumah masa tu. Rumah teres kecik saja. Ibu cakap lepas kawin, ada 2 gaji baru abah beli rumah elok sikit. Dulu ibu dengan abah selalu bawa balik barang dari Kelantan




Sasar Berhenti Kerja & Bebas Hutang Sebelum Usia 40

Teks: Khairun Nisa Sumber teks: Ruangan Berani Berubah, Majalah MIDI Edisi Julai 2014 Foto: Majalah MIDI dari Koleksi Peribadi Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Atas permintaan pembaca-pembaca blog ini yang ketinggalan dan terlepas peluang membeli Majalah MIDI Edisi Julai 2014 serta memohon saya kongsikan isi kandungan artikel di atas kerana mereka tidak dapat membacanya dengan




Multitasking : Raikan Perbezaan

Teks: Azura Abdullah Foto: Puan Nik Fauziah Nik Hussin (Editor Majalah Era Muslimah)     Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya terpanggil untuk menulis tentang bakat ‘multitasking’ yang Allah swt kurniakan kepada kaum wanita sepertimana yang dinyatakan oleh Editor Majalah Era Muslimah, Puan Nik Fauziah Nik Hussin di dinding laman Facebook beliau hari ini. Ini juga




Mahu Berhenti Kerja Untuk Berniaga…Nanti Dulu!

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Saya terima banyak nota dilema mahu berhenti kerja dan mahu berniaga atas pelbagai sebab. Nanti dulu…mari kita periksa samada anda ada elemen-elemen di bawah atau tidak. Beberapa perkara yang anda perlu sedar dan fikir dahulu sebelum berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa: > Tidak gembira dengan pekerjaan sekarang dan mahu




Memulakan Bisnes Dari Rumah Dengan Kos Paling Minima

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah   Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kali ini saya mahu berkongsi secara ringkas dan realiti bagaimana para pembaca boleh memulakan bisnes dengan kos paling minima. Ramai yang menghantar mesej kepada saya yang mereka membaca berbagai artikel tentang “lean start-up” tetapi tidak dapat melihat hubungkait dengan aplikasinya terutama bagi golongan wanita




Projek Mengurangkan Tekanan

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Ini Isyraf. Darjah satu. Semalam Isyraf ucap terima kasih pada ibu kerana ibu pandai buat warna baju sekolah seakan-akan baju pengawas. “Orang suka! Ibu ni pandai lah” Sebab ibu letak nila lah tu. Mudah saja kan mahu gembirakan hati anak kecil. Cuma kadang-kadang kita orang dewasa suka rumitkan keadaan.




Semuanya Pinjaman DariNya

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah & tengoktvonline Tidak dapat mengelak lagi untuk tidak menyentuh tentang laranya sukma Malaysia. Bertabahlah adik Mukhriz Marzaidi, 10 tahun. Anakanda kepada Mastura Mustafa yang terkorban di dalam nahas MH17. Luluh hati melihat gambar adik Mukhriz sebegini. Terkenang ketika saat awal suami terlantar di wad akibat angin ahmar dan tidak