Soal Jawab Pembaca: Butik Offline

Teks: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi email dari pembaca blog saya yang dikasihi dan perkongsian dari saya berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa. Didoakan ada manfaatnya.

Berikut adalah soaljawab email tersebut:

SOALAN:
——– Original message ——–
From: xxxx xxxx
Date:13/10/2013 4:25 PM (GMT+08:00)
To: pn.azuraabdullah@gmail.com 
Subject: Superwoman Puan Azura 

Assalamualaikum,

sy silent reader blog puanazuraabdullah.blogspot.com, tertarik ‘kehebatan’ superwoman puan. :)

Bolehkah puan kongsikan ‘perjalanan’ puan membuka butik offline Comey Belako tu ya?

sy ada berniaga kecil-kecilan online, pendapatan part time ni tak seberapa pun..ya lah, namapun part time kan. 

ada kwn offer nk jual butik pakaian kanak2 dia, tapi sy masih ragu2 untuk grab the opportunity ni. mungkin sebab kurang pengalaman, keyakinan. 

family mmg bg support dr segi moral dan kewangan tp kena pastikan diri sy sendiri perlu yakin. 

mungkin puan boleh kongsikan bagaimana puan boleh terjun dgn penuh yakin utk mempunyai butik offline ni? bagaimna puan manage antara butik offline dan online, adakah pembantu puan adalah ‘tgn ketiga’ puan utk handle ya?

mohon perkongsian ilmu /pengalaman,

terima kasih|
Xxx

JAWAPAN:

Waalaikumsalam Maz.

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya yang tak seberapa.

Saya mula terjebak dengan bisnes offline disebabkan keadaan rumah yg tak teratur bila volume online meningkat. Disebabkan saya tiada ruang khas di rumah, jadinya ruang tamulah ruang bisnes dan tempat meletak stok. Waktu bermula, di kala volume kecil tiada masalah. Makin lama bila volume meningkat saya terpaksa beralah dan mencari tempat simpanan stok. Alang2 membuat stor saya membuka kedai offline terus. 

Walaubagaimanapun pendapatan utama saya tetap dari jualan online kerana saya telah punyai pelanggan2 setia. Pendapatan offline selalunya bermusim dan jualan berlipat kali ganda di musim perayaan. Untuk pengetahuan Maz lokasi kedai saya walaupun di tepi jalan tetapi kurang strategik. Saya memilih lokasi ini kerana berdekatan rumah saya dan ianya berfungsi lebih kepada stor. Pada hari biasa saya hanya membuka pada waktu malam kerana siang saya bekerja. Saya tidak mengambil pembantu. Tetapi pada musim perayaan saya membuka petang hingga malam.

Dalam kes Maz, Maz perlu bertanya diri sendiri apa tujuan utama mengambil alih butik offline tersebut. Jika benar-benar untuk kebergantungan menjana jualan makanya Maz perlu bersedia memberi 200% komitmen dari tenaga, masa dan wang ringgit. Tambahan pula jika lokasi butik di pusat membeli belah Maz perlu mengkaji terma dan syaratnya. Selalunya pusat membeli belah mensyaratkan premis perlu dibuka 24jamx7hari seminggu dan banyak lagi syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi. Tidak dapat tidak Maz perlukan pembantu menjaga butik. Melainkan Maz sendiri boleh bertapa di butik tersebut. Jika butik di premis biasa juga kita perlu menjaga reputasi, kerana pelanggan akan jemu dan hilang kepercayaan jika kita tidak konsisten dalam membuka atau menutup butik kita.

Satu perkara yang pasti berdasarkan pengalaman saya sendiri, dengan adanya butik offline keyakinan pelanggan bertambah kerana kita dilihat sebagai peniaga yang serius berniaga dan peluang untuk pelanggan ditipu adalah rendah kerana kita ada premis dan alamat untuk dicari.

Walaubagaimanapun Maz, secara jujur berdasarkan pengalaman yang telah saya kutip dan lalui sendiri saya lebih selesa tidak mempunyai butik offline kerana kita tidak terikat dan lebih fleksibel. Saya kini dalam proses meninggalkan kerjaya tetap saya dan berpindah ke kampung halaman suami di Kelantan. Jika diizinkan Allah swt saya akan beroperasi sepenuhnya dari rumah dengan  mengadakan ruang khas (pejabat dan storan) untuk perniagaan saya. 

Selamat Maju Jaya untuk Maz. Didoakan Allah swt permudahkan urusan Maz.

Wassalam.

Sent from Samsung Mobile