Soal Jawab : Nak Mula Berniaga, Tak Tahu Nak Jual Apa

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Waktu mula-mula nak berniaga memang macam tu. Kita nak jual tu nak jual ni.
Tambah-tambah lagi tengok orang lain buat menjadi.
Kenapa tidak kita kan.

Satu lagi bila baru nak mula ni kita pun tak tahu atau tak sedar minat, kelebihan dan kekuatan kita di mana.
Jadi kita cuba lah buat bisnes itu buat bisnes ini.

Ada juga yang akan cakap tak boleh macam tu…kena fokus.
Habis…kalau tak cuba manalah nak tahu kan.

Saya dulu minat godek2 manik koran buat handmade jewelries.
Tak dapat kejar volume sebab buat afterwork saja.
Subcon pada orang lain customer tak puas hati pula.
Ok fine. Saya buat untuk diri sendiri sudah lah.

Kemudian pergi Indon pula borong pakaian muslimah di Tanah Abang.
Jual online.
Best juga.
Lama2 bosan pula…kita jual saiz tu dia nak saiz ni.
Kita jual warna tu dia nak warna ni.
Kita jual fesyen tu dah keluar fesyen ni.
Masyuk dalam letih. Dah lah kerja lagi.

Buka butik lah pula.
Lagi pun dah serabut kepala, rumah dah tak serupa rumah.
Penuh dengan stok.
Minggu gaji paling best.
Belanja kawan-kawan makan.
Bungkus dan lepak di butik.
Modal makan RM50 sahaja.
Orang perempuan ni kalau kain baju tudung di depan mata.
Akan cari alasan juga untuk membeli.
Senang saja mahu buat RM1000 pada waktu rehat.
Kawan-kawanku…jangan marah 

Itu antara kenangan dan pengalaman saya dahulu.
Tak cuba tak tahu. Saya pun macam tu lah dulu.

Jawapan kepada soalan: Puan, saya tak tahu apa saya nak jual, tapi saya mahu mula berniaga.tanya