Semuanya Pinjaman DariNya

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah & tengoktvonline

Screen Shot 2014-08-22 at 3.48.32 PM (1)

Adik Mukhriz Marzaidi, 10 tahun yang tidak dapat menahan airmata sebaik sahaja melihat keranda bonda tercinta.

10632741_10152405363149998_8568334325231722920_n

Tidak dapat mengelak lagi untuk tidak menyentuh tentang laranya sukma Malaysia.
Bertabahlah adik Mukhriz Marzaidi, 10 tahun. Anakanda kepada Mastura Mustafa yang terkorban di dalam nahas MH17.
Luluh hati melihat gambar adik Mukhriz sebegini.

304265_10150386519649905_419971019_n

Suatu ketika dahulu.
Anakanda MekNa tak jemu-jemu bersolat doakan abah ketika di wad.

Terkenang ketika saat awal suami terlantar di wad akibat angin ahmar dan tidak mampu bercakap walau sepatah, hanya bunyian sahaja keluar dari bibir.

Saya seolah tidak mahu meninggalkan suami walau seminit bersendirian.
Saya takut suami tinggalkan saya dan anak-anak ketika saya tiada di sini.
Bila menemani suami yang terlantar apa yang timbul di fikiran ialah sesalan.
Ketika zaman sihatnya, sedikit terusik dengan hal remeh temeh sudah membawa rajuk saya.
Mudahnya ambil hati dengan orang yang paling dekat di hati.
Jika di pejabat boleh pula saya menahan sakit pedih kata-kata.
Menyesal tidak berpenghujung.
Berbagai kata “kalau” timbul.
Kalau lah abang sihat, zura akan jadi isteri yang terbaik. Tak mahu lagi merajuk atas perkara remeh.
Kalaulah abang sihat, zura tak mahu lagi merungut letih dan penat.
Kalaulah abang boleh bercakap, zura mahu dengar suara abang setiap saat.
2 tahun saya menunggu “kalau” itu dengan doa dan usaha yang tak pernah putus.
Allahuakbar. Allah Maha Besar.
Selepas 2 tahun Allah swt kembalikan suami saya kepada saya.
Suami sihat seperti sediakala.
Saya berjanji dengan diri saya sendiri, saya akan menghargai dan terus menghargai sepenuhnya setiap detik yang Allah swt pinjamkan pada saya untuk bersama suami, anak-anak dan keluarga.

Di depan mata, tiada harga.
Hilang di mata, tiada gunanya lagi.
Hanya doa dapat mengiringi.
Hargailah setiap detik nyawa.
Nyawa pinjaman dari Yang Esa.
Kita tidak tahu bila hari kita dan dia.

Adik Mukhriz Marzaidi,
Didoakan kejayaan bersama adik. Sentiasa iringi ibu dengan solat dan doa.

Wassalam.

Salam kasih sayang untuk semua.