Selamat Hari Malaysia!!….Jom Kemas Rumah !!!

Teks: Azura Abdullah
Foto : Carian Google & Azura Abdullah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat menyambut Hari Malaysia…esok 16hb September. Kebanyakan para suri pastinya mengambil peluang membawa anak-anak ke percutian pendek. Kami baru saja kembali dari trip pendek – memancing di Kuala Segantang Garam, Merbok, Sungai Petani. Mungkin di lain entri saya boleh berkongsi tentang tempat tersebut di slot Travlog Pengalaman saya sekeluarga.

Hari ni sekadar nak berkongsi rutin biasa. Mengemas rumah yang tiada kesudahannya tambah lagi dengan adanya 3 orang hero dan seorang puteri serta seekor meow. Setiap kali mengemas ada saja barang yang dah tak dipakai lagi. Entah di mana datangnya ;) .

112 kilo buku-buku dan majalah lama selamat dikitar semulakan.

Kali ni kami sekeluarga berjaya mengumpul 112 kilo buku-buku dan majalah lama. Seperti biasa, saya bawa anak-anak ke syarikat yang membeli barang-barang kitar semula. Dapatlah RM25 ringgit untuk tabungan anak-anak. Semuanya tentang bisnes ;) . Dan yang paling penting kali ni anak-anak dapat melihat susah payahnya para pekerja asing bekerja dalam persekitaran yang sangat uzur dan membahayakan. Mereka bekerja tanpa alat sokongan keselamatan yang lengkap. Saya tekankan pada anak-anak betapa bertuah dan bersyukurnya kita dengan segala kemudahan dan keselesaan yang Allah swt kurniakan pada kita. Banyak juga soalan yang keluar dari bibir comel anak-anak. Sekurang-kurangnya itu menunjukkan tanda mereka faham dengan apa yang cuba ibu sampaikan.


Keadaan ruang pekerjaan yang amat tak sihat. Bertuahnya kita!
Abang bangla bekerja tanpa kelengkapan keselamatan. Kesian.

Dari perspektif orang berniaga pula, pada saya empunya syarikat ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Mengambil kesempatan di atas ketidakmampuan para pekerja asing ini. Membiarkan mereka bekerja di persekitaran uzur dan tanpa kelengkapan keselamatan. Pengajaran untuk kita para peniagawati, moga jika kita di atas kita tetap mengambilkira kebajikan pekerja. Untung bukan segalanya. Tiada berkatnya jika begini caranya. Sekian lah saja bab pusat kitar semula ni.

Kali ini lebih kepada edisi bermalas-malasan ;) . Jom layan ceruk rumah saya yang tak seberapa setelah kami bergotong royong. Dah 14 tahun kami bermastautin di sini. Susah senang diharungi di sini. Semuanya hasil tangan sendiri, terutamanya encik suami. Terima kasih Abe!

Laman tepi . Pakcik mesin rumput tak datang lagi. Maha serabut!
Ada kolam ikan comel di bawah pokok pisang tu…kreativiti encik suami.

Ruang tamu – ada sliding door di tepi terus ke laman. Sangat nyaman melayan hijauan.
Ruang keluarga kami bermalas-malasan. Ruang keluarga dan ruang tamu yang berbeza boleh elakkan rasa tak selesa anak-anak dan juga tetamu jika ada kunjungan. Aktiviti anak-anak tak terganggu. Begitu juga kita para ibubapa tak risau dengan aksi hero-hero kita jika ada tetamu ;) . Betul tak? Bagi yang bekerja di rumah, selesa untuk anda berdiskusi dengan pelanggan jika mereka datang.

Ruang makan keluarga yang dah bertahun cat tak siap-siap…hehehe.
Nampak tak pinggan 3 biji kat dinding tu? Huhuhu…saya beli pinggan bercorak pemanadangan tu dari kilang pinggan di sini. Harganya RM3.00 ajo sebiji. Tau kos bingkainya berapo? Huahuahua…RM100.00 ajo. Geleng kepala encik suami ambo ;)
Yang ni bilik Mek Na. Semua kena pink ler.

Yang ni bilik Cad si darjah 3 – walaupun kecil tapi cukuplah untuk muatkan katil bujang, almari baju dan meja tulis. Yang paling penting privasi anak-anak dan juga melatih mereka menjaga diri.
Yang ni pula bilik si bongsu Caf. Sama macam bilik Cad tadi. Bilik comel je ;)

Yang ni pula ruang parking kereta dan ruang serba guna. Sokmo jadi tempat berkubang mereka-mereka itu ;)

Bilik hok sulong masih tengah dok ngemas. Dapur ibu tengah huru-hara. Makanya tak leh share lah ;)

Hingga ke temu lagi.

Azura Abdullah