Selamat Hari Lahir Isyraf

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

10411089_10152716932204905_9152331066486028625_n

Happy Birthday Isyraf.

7 tahun lalu.
Buat kejutan pada semua.
Asalnya bersalin biasa.
Kedudukan si kecil di dalam menyerong pula.
Perancangan Allah SWT lebih baik dari kita.
Rupa-rupanya ada sebabnya.
Si comel melakar sejarah pusat bersalin.
Menjengahnya ke dunia dengan 4.8 kg.
Selamat Hari Lahir kesayangan ibu Isyraf Hadzrami.
Ibu doakan Isyraf menjadi anak yang soleh dan membawa manfaat untuk agama, bangsa dan negara.

10513242_10152716932319905_4435288759524599573_n

Oh!..pulang dari sekolah semalam terus tanyakan ibu bagaimana caranya mahu menukar nama.
Ibu tanya kenapa.
“Orang rasa orang ada darah keturunan raja Kelantan. Orang nak tambah nama orang jadi Muhammad Isyraf Petra”

10603326_10152716932499905_7888841133152362558_n

Nota:
◆seronok sekali Isyraf pagi tadi mahu potong kek dengan rakan-rakan sekelas.
◆disiapkan sendiri buah tangan kecil untuk rakan-rakan.
◆gambar bayi – ketika lahir.