Sekadar Meluah Rasa

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Ini versi dah masuk aircond..hihuhi 3:)

Kawan,
Jika tiada kata-kata wangi bak bunga ros untuk disampaikan dan hanya bau bunga taik ayam sahaja yang tinggal mungkin boleh disimpan dahulu barang seketika.
Bunga taik ayam memang cantik ditanam buat hiasan luar rumah, tapi kau pun tak petik letak dalam rumah.

Jika ada rakan-rakan yang ditimpa musibah, diuji Tuhan kau perlu bawa bertenang sebelum memberi pandangan gaya amatmaselan kau itu.
Kerana kau tidak tahu apa yang dilalui rakan-rakan kau itu.

Ada pula kau kata, “Pergi la Mekah panjatkan doa di sana, makbul tau”, “Tak berdoa untuk diri sendiri untuk sembuh ke?”, “Tak pergi umrah ke tanda syukur, dah nak sembuh tu”,  “Bersedekah la, mana tau doa mereka tu mustajab.”
Aiiii…sikit saja tu…kang sampai Singapore listnya.

Kita manusia ini lumrahnya selalu beranggapan orang lain sama seperti kita.
Jika kita lahir dalam kasut emas, ibu bapa asal kaya raya dan kita bekerja hanya perlu fikirkan keluarga sendiri, kita pun fikir orang lain sama macam kita.

Kita tak tahu dibahunya ada segala macam benda hendak dipikul.
Kita tidak tahu betapa sukarnya rakan kita yang diuji itu menongkah arus.
Kita bercakap tentang umrah bagai, walhal rakan kita itu makan pakai anak-anak pun jenuh hendak bersilat.
Insuran perubatan pun sampai habis limit dan terpaksa bergolok gadai untuk menampungnya.
Dan kita bercakap hal umrah, sedekah, doa dan macam-macam lagi seolah-olah rakan kita itu tidak boleh berfikir.

Kau tahu kawan,
Rakan-rakan yang diuji yang dilanda musibah ini, jika dikongsinya serba sedikit dengan kita, itu sebenarnya sekadar mahu melepaskan lelah dan kusut di minda dan di hati.
Sekadar mahukan sokongan dan kata-kata semangat bau wangi untuk dibuat kekuatan terus melangkah.
Jangan kita tambah lagi beban mereka dengan komen-komen profesor serbau tau kita itu.
Simpanlah untuk diri sendiri.

Boleh?

Azura Abdullah
Dah Sejuk Dah

#catatanmekzurots
#telegramdarilangit