Sebelum Terlewat

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

image

Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt, semalam dapat menggembirakan encik suami yang terharu melihat ayahandanya tersenyum melihat gelagat anak cucu sibuk mahu menyambut hari lahir tok ayah yang ke 80.

Sepanjang 14 tahun lalu sewaktu masih bermastautin di Kedah setiap tahun kami sekeluarga akan bertandang ke rumah keluarga saya untuk merai hari lahir mak dan abah saya. Cukup dengan kek comel, bihun goreng, keropok lekor dan doa selamat. Itulah cara sambutan kami yang dihiasi gelak tawa usik mengusik. Sederhana. Saya tahu jauh di sudut hati encik suami juga ingin suasana yang serupa dirasa ayahandanya. Tambahan pula bonda kandungnya telah lama kembali ke rahmatullah. Alfatihah.

Alhamdulillah. Allah swt masih beri peluang utk encik suami berada dekat dengan ayahandanya di kala umur ayah 80 tahun. Ya, agak lewat. Tetapi bak kata pepatah inggeris, “Better than never” kan.

Itu antara salah satu sebab saya mengambil keputusan menjadi WAHM. Hidup berumahtangga bukan tentang “saya”. Ianya tentang “kita”. Perlu ada tolak ansur, saling melengkapi dan juga pengorbanan. Tidak ada yang percuma.

Walaubagaimanapun ianya perlu datang dengan perancangan teliti. Bukan boleh dibuat sekelip mata. Apatah lagi setelah sekian lama berada di posisi selesa, hujung bulan cucuk sahaja dinding pasti ada duit menanti. Lain halnya kerja sendiri, tak kerja tak adalah duitnya berapa kali pun dicucuk dinding itu.

Bagi yang punya perancangan serupa, mulakan langkah pertama sewaktu anda masih berada di posisi selesa. Tidak rugi. Banyak sumber rujukan dan peluang memulakan bisnes kecil dari rumah kini. Yang penting kita sendiri mahu memulakannya. Idea tanpa tindakan takkan membawa kita ke mana. “ACTION IS POWER”.

Nota: akademi bekerja di rumah boleh membantu para suri memulakan prasarana niaga online.

Posted from WordPress for Android