Sarapan Pagi: Anak Kecil Sangat Menghargai Usaha Kecil Ibu

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Anak-anak sudah ke sekolah, bermula peperiksaan percubaan UPSR and PT3 sekolah hari ini.

Sarapan adalah rutin wajib semenjak zaman saya masih bekerja lagi.
Jika kita boleh gigih mencari masa untuk membelit tudung ke kiri kanan atas bawah sebelum ke pejabat, InsyaAllah sarapan ringkas pun begitu juga.
Hanya perlu berusaha mencari sedikit masa sediakan sarapan ringkas dengan mudah dan penuh kasih sayang.

Anak-anak saya pernah bercerita kawan-kawan mereka selalu meluah rasa, “Kenapa mak kau kerja tapi kau selalu bersarapan kat rumah, siap bawak bekal lagi. Mak aku tak kerja.”

Mungkin ianya remeh bagi kita tetapi penuh makna buat anak-anak kecil.
Makan bersama sebelum ke sekolah sambil bergurau senda.

Mungkin juga ada yang beralasan kalau buat pun tak makan.
Jika anak-anak dibiasakan bersarapan sebelum ke sekolah dari kecil, ianya akan menjadi rutin mereka.
Bukan sahaja baik untuk kesihatan, juga untuk ukhuwah.

Selamat bekerja.
Saya ada berkongsi tips ringkas di dalam buku saya bagaimana mahu mengurus masa dan suami serta anak-anak masih boleh merasa air tangan kita di sebalik kesibukan kita.

Saya mahu ke ofis comel saya sekarang.
Bye!

www.azuraabdullah.com
#inspirasisuri