Santai Di Hujung Minggu : Lidah Lembu

Teks: Azura Abdullah
Foto : Azura Abdullah & Carian Google 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena hari minggu saya hanya nak menulis tajuk yang santai-santai sahaja. Pernah makan lidah lembu ? Bagi masyarakat pantai timur juadah dari lidah lembu adalah perkara biasa. Rupa paras luaran lidah lembu bagi yang tidak biasa memang agak kurang menarik atau menggelikan. Pada mula berkahwin dulu saya pun kurang selesa. Tetapi kena belajar juga sementelah ini merupakan juadah kegemaran encik suami. 

Sebelum saya teruskan dengan cara penyediaan, saya paparkan khasiat lidah lembu secara asas.

Berikutnya saya kongsi sedikit sebanyak cara penyediaan lidah lembu cara masakan kampung. Ada yang fikir sukar, sebenarnya mudah sahaja. Di negara barat selalunya dijadikan stew bersama tomato. 

Inilah dia rupanya lidah lembu sebelum diproses. Bergerutu dan menakutkan sedikit ;) .
Bagaimana nak buangkan bahagian menggerutu tersebut? Lain orang mungkin caranya berbeza. Apa yang saya buat ialah selepas dibasuh dan ditoskan saya letakkan sedikit marjerin, lumurkan keseluruhan lidah lembu tersebut. Kemudian masukkan kedalam oven selama 15-20 minit mengikut saiz lidah tersebut.


Bila dah keluar dari oven kita dapat lihat kepingan menggerutu tersebut menjadi kering dan bolehlah kita tarik keluar sahaja.


Selepas selesai buang semua bahagian bergerutu tersebut bolehlah kita memotong lidah lembu tersebut mengikut kesesuaian masakan kita. Masih separa masak pada waktu ini. 

Rupa paras setelah dipotong-potong.
Lidah lembu masak kunyit
Saya masak ringkas-ringkas sahaja. Lidah lembu goreng kunyit. Siap untuk dihidang. Boleh cuba lepas ni. Daging lidah lembu sangat lembut berbanding daging biasa.


Wassalam.