Salam Perkenalan Kepada Rakan-Rakan Baru ♡

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Buat rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT samada ukhuwah kita terjalin di alam maya atau realiti, jutaan terima kasih tidak terhingga atas ucapan dan doa kalian sempena hari kelahiran saya pada 19 April yang lalu. Didoakan sampai ke ‘sana’ dan dimakbul Allah swt.

Untuk rakan-rakan baru, nama penuh saya Nor Azura Abdullah. Saya bekas minah kilang dan kini memasuki tahun ke 3 bekerja sepenuh masa di rumah menulis (buku, majalah, blog, portal online, ghost writer, translator), trainer untuk Kelas Asas Blog bagi surirumah yang ingin menjana pendapatan ke 2 dan kelas Blogger Cilik di musim cuti sekolah. Di samping itu saya ada membuat perniagaan trading kecil-kecilan dari rumah – lepas bayar bil sahaja kawan. Hehehe.

Mak saya bekas guru KAFA dan abah bekas tentera. Abah juga bekas pelajar SM Sultan Abdul Halim (JENAN) dan menolak tawaran ke universiti dengan bekerja sebagai tentera untuk memikul tanggungjawab dan meringankan beban kedua ibu bapanya menanggung 8 adik-beradik yang lain. 

Habis sahaja SPM saya terus mohon kursus diploma sahaja kerana target saya untuk bekerja secepat mungkin dan mahu meringankan beban mak dan abah. Saya ada 5 orang adik lagi yang perlu difikirkan. Habis sahaja Diploma di UTM KL Jalan Semarak, rakan-rakan semuanya memohon kursus Sarjana Muda di dalam dan luar negara. Saya pun sibuk mohon juga walaupun saya sudah tanam dalam hati saya tidak akan sambung belajar dahulu, saya mahu terus bekerja untuk bantu mak dan abah.

Sampai sekarang saya masih simpan surat tawaran belajar kursus Bachelor of Communication Engineering di UK. Saya tak beritahu mak. Saya hanya beritahu mak apabila saya sudah mula bekerja di Intel, mak menangis apabila saya tunjukkan surat tersebut. Hidup dulu tidak mudah, susah, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Saya sambung juga belajar secara part time ketika saya masih bekerja  sebagai minah kilang, kilang sponsor. Orang lain seronok pergi majlis konvokesyen, saya di atas kapal terbang ke US, beberapa bulan bekerja saya terus di hantar oleh company untuk start-up kilang baru di Kulim Hi-Tech. Tercapai jugaklah kan hasrat saya nak ke luar negara. Allah SWT beri melalui cara berbeza. Saya redah sahaja. Selepas itu adalah saya ke US dalam 4 kali kot dan beberapa negara lain dihantar syarikat juga.

Waktu di universiti pula, berapa duit mak dan abah hantar setiap bulan saya terima sahaja. Saya hanya tinggal di asrama pelajar pada tahun pertama sebab tinggal di asrama tak boleh cari duit. Lagipun omakaih itu warden asrama Ustazah Zaharah, garangnya ya amat…tapi baik hati. 

Tahun ke dua dan seterusnya saya tinggal di rumah sewa di Taman Keramat, rumah 1 bilik duduk 6 orang orang, kau imagine happening ke pening. Ditambah pula dengan anak tuan rumah yang kurang sihat. Perempuan anaknya, selalu berkemban sahaja di luar rumah. Hahaha!

Waktu tu kami masak sendiri, menu paling best nasi panas dengan telur goreng letak kicap, potong cili padi sikit. Pergh! Lagi best jiran tingkat atas budak-budak elektrik kuasa (power engineering) rajin masak. Depa lelaki la. Malu pun hado…keletung keletang depa dok tumbuk sambai belacan hari-hari. Kami kat bawah selalu berdoa dengan seikhlas hati agar dibukakan hati depa hantaq sepinggan dua kat kami di tingkat bawah. Selalunya doa kami dimakbul Tuhan. Rindu momen dulu dan rakan-rakan chef…terima kasih na. Budi baik hangpa kami tak lupa.  Al-fatihah untuk almarhum sahabat yang kami panggil Doraemon. Saya dah lupa nama penuhnya.

Nak ke kuliah pula kami save bajet habis, jalan kaki sahaja kot celah-celah rumah setinggan dari Keramat ke Jalan Semarak. Kadang-kadang takut juga kot-kot kena culik dengan Indon. Rumah setinggan di situ penuh dengan pekerja Indon. Nak save tambang RM2 punya pasal. Makan nasi lemak 60 sen pagi petang, muka pun macam nasi lemak. Sebab nak save duit beli komik Lingkaran Terkunci di Padang Tembak. Kakaka. Mak beleter juga tengok anak dara baca komik. Kami ada 6 orang di rumah sewa, jadinya semua beli komik berbeza, nanti tukar-tukar bila habis baca, save bajet. Semua tentang bajet.

Hujung minggu saya bekerja di Plaza Yow Chuan sebagai broker saham, bos perempuan oi! Ore Klate, pakai skirt paras peha, rambut oren, tak puasa dan hisap rokok. Memang ahkak pangkah habis orang Kelantan masa tu. Housemate kami sebenarnya ada sorang orang Klate nama dia Sheila, tapi kes terpencil sebab kami dah convert dia jadi orang Kedah, pandai cakap Kedah ooo. Orang tua-tua cakap kau jangan bajet tak suka sangat satu-satu benda, nanti yang tu lah kau dapat. Padan muka kawin dengan orang Kelantan dan kena dok di Kelantan la ni. Chenta hatiku ore Klate rupanya. Kakaka!

Waktu malam saya dan geng rumah sewa saya kerja part time lagi, key-in data untuk syarikat consultant. Pakai dekstop yang besar baldi tu. Dekstop mereka hantar ke rumah sewa kami. Tengok! Saya dah advance lama dah work from home okeh. Kih!Kih!Kih! Upah key-in data tu lepaslah bayar bil dan bayar sewa. Hujung minggu selalunya makan besar sebab kawan rumah sewa yang lain, Aiza dan Zai kerja katering. Selalunya kami makan nasi kenduri hari minggu depa bawa balik. Save oh! Depa penat kerja, kami dapat makan free. Hehehe.

…nantilah sambung, panjang dah…satgi cemuih…nak pi bagi makan Adam dan Salehuddin sat (kuda padi, bukan orang…hehehe).

Azura Abdullah
Pakar Bajet SeMalaysia

P/s:
Gambar ahkak dengan Mat Saleh di Phoenix. Ayu dan kecik ja masa tu. La ni…penuh frame. Masa tu kami dok brainstorm tentang project training material development untuk Operator, Technician dan Engineer bagi new factory start-up.

#catatanmekzurots
#profilmekzurots