Rindu Mak & Mek

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Pagi tadi saya telefon mak di kampung, Kulim, Kedah.
Mak cerita jagung yang abah tanam dah mula naik, tak boleh tinggal rumah dah sekarang sebab cuaca kering.
Macam faham saja mak ni…saya nak ajak mak datang ke Kelantan cuti Hari Pekerja nanti.
Seperti biasa mak bertanya perkembangan cucu-cucu mak di sini.
Mak harap saya dapat balik dengan cucu-cucu kesayangan mak.
InsyaAllah mak.
Harapnya pihak sekolah tidak adakan apa-apa program kelas tambahan cuti 1 May nanti.

Rindu sangat dengan masakan mak.
Mak masak apa pun sedap saja rasanya, waima ikan goreng sekalipun.
Sambal belacan meleleh mak lagilah.
Almarhum mek pun sama, walau sebentar saja kesempatan menumpang kasih dengan almarhum mek saya takkan lupa sambal bilis yang secukup rasa itu.

Setiap kali hendak pulang sudah siap standby di pintu segala buah-buahan, kuih-muih, bekal dan kalau boleh satu kampung nak suruh bawa balik.
Almarhum mek selalunya akan belikan buah laici segar satu peti di pasar pagi Kok Lanas untuk dikirim kepada besannya di Kedah.
Mak pun sama, pasti ada saja buah tangan untuk dikirim pada almarhum mek.

Indahnya ukhuwah kedua besan ini, saling berutusan.
Mak dan almarhum mek punya karakter yang sama, sederhana, lemah lembut dan tidak bercakap perkara yang sia-sia.
Walau ada terguris di hati dengan tingkah laku anak-anak akan didiamkan sahaja.

Saya ini lain benar dari mak dan almarhum mek dengan anak-anak.
Kebiasaannya saya akan bertukar menjadi raksasa gundam.

Saya pun tak tahu apa sebenarnya saya tulis ni.

Rindu mungkin.

Azura Abdullah
Kidnap acuan kuih cara mak sebab jadi molek dan sedap ja guna acuan mak.

#telegramdarilamgit