Review Buku BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI, Majalah Era Muslimah BIL31

Teks: Azura Abdullah
Foto: Majalah Era Muslimah BIL31

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Pagi ini ke rumah ayah mertua, bawa nasi lemak sedap dari Tanah Merah dan pisang emas kesukaan ayah.
Ayah teruja bertanya ada apa dalam sampul surat di atas meja.
Bagus sungguh posmen di sini, sampai sewaktu saya balik ke Kedah beraya barangkali.
Dihantarnya ke rumah ayah pula walaupun di atas sampul alamat rumah saya.

Rupa-rupanya kiriman Majalah Era Muslimah dari Puan Editornya.
Ada 2 artikel saya terbit serentak kali ini, salah satunya ruangan Kembali Ke Fitrah yang telah saya kongsi pada status sebelum ini.

Satu lagi ialah review Buku BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI yang berada di ruangan RESENSI BUKU, Majalah Era Muslimah BIL 31.
Harapan saya ialah agar satu hari nanti setiap wanita yang ingin menjana pendapatan tambahan secara kecil-kecilan dapat memiliki buku ini sebagai pembuka langkah.
InsyaAllah.

Buku ini juga boleh dibeli melalui rakan-rakan saya iaitu:
Puan Anys Idayu Zakaria
Puan Dr. Najihah Abdul Mutalib
Puan Eeta Sams
Puan Nazurah Abdul Rahim
Puan Rahayu Rashid
Puan Zaila Mohamad

Terima kasih.