Raikan Perbezaan & Saling Melengkapi

Teks: Azura Abdullah

Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Raikan Perbezaan & Saling Melengkapi

 

Dalam usaha untuk membuktikan apa yang kita lakukan samada perihal personal atau profesional itu betul, hebat, cool dan segala macam lagi tidak perlu kita menjatuh hukum salah atau tak comey atas pilihan orang lain.

Antara statement klise selalu saya dok teropong:

  • Surirumah lebih baik dari bekerja. Pahala bla la la la…
  • Bekerja lebih baik dari surirumah. Duit kurang tak boleh bantu mak bapak, masyarakat bla la la la…
  • Bisnes lebih baik dari bekerja, kaya, duit banyak. Boleh bayar zakat bla la la…
  • Bekerja makan gaji duit tetap. Bla la la….

17 tahun saya bekerja makan gaji.
5 tahun saya bekerja sambil berniaga, buka butik, berniaga online.
10 tahun bersama NGO Wargakilang jadi posmen dermawan hantar sumbangan kepada asnaf-asnaf.

Summary saya, kita semua ada peranan masing-masing yang sangat elok dah Allah SWT susun dalam memainkan peranan sebagai ahli masyarakat. Tak perlu pun kita nak perlekeh orang lain sebab kita pilih jalan berbeza.

Dari aspek wang ringgit ni dari pemerhatian saya 10 tahun jadi posmen NGO Wargakilang, yang mana kurang berpeluang dari segi wang ringgit dilaburkan masanya tanpa jemu. Yang berbisnes, sekali beri sumbangan banyak sungguh dan ada pasang surut. Yang bekerja makan gaji bila beri sumbangan biasa-biasa tetapi konsisten. Cantikkan.

Kita hidup ni perlu saling melengkapi.
Raikan perbezaan yang ada.

Macam hidup suami isteri, anak-anak dan juga dengan staff.
Kalau semua benda negatif yang mahu kita kutip, memang satu pun benda positif takkan kita nampak.

Cermin muka kita pun kita kena lap dan cuci, kalau tidak kelabu asaplah pandangan kita.
Muka kita yang comey pun nampak kelabu asap di cermin.

Macam tu lah pandangan kita ke atas sesuatu perkara.
Nak lihat sesuatu, lihatlah dengan mata hati.

Saya sebenarnya stress dengan deadlines. Hahaha.
I am truely dead!

Nah! Siapa belum beli buku saya sila beli lekaih buat persediaan ekonomi gawat 2016.
Harga RM39.90
Beli terus dari saya ada diskaun, RM29.00 sahaja
(selagi ada stok lah noh).
PM saya 01125459481 atau bit.ly/suribekerjaberniaga

Wassalam.
Azura Abdullah
Suri Rumah Bekerja Dari Rumah
Baru beli buku sekolah anak.