Projek Mengurangkan Tekanan

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Caf Skul

Isyraf, anakanda bongsu saya ketika hari pertama di sekolah Januari 2014.

Ini Isyraf. Darjah satu.
Semalam Isyraf ucap terima kasih pada ibu kerana ibu pandai buat warna baju sekolah seakan-akan baju pengawas.
“Orang suka! Ibu ni pandai lah” :)

Sebab ibu letak nila lah tu.
Mudah saja kan mahu gembirakan hati anak kecil.
Cuma kadang-kadang kita orang dewasa suka rumitkan keadaan.

Kebetulan saya ada terima mesej bertanyakan bagaimana saya urus masa bekerja di rumah ditambah dengan kerja-kerja rumah serta anak-anak yang tidak pernah ada penghujungnya.

Sepertimana cerita Isyraf dan nila.
Begitu juga halnya bagi yang bekerja di rumah terutamanya wanita.
Belajar untuk “lower down the expectation” bagi kerja-kerja rumah.
Jika harapan anda pada diri sendiri sangat tinggi dan anda tidak dapat tunaikannya anda akan menjadi sangat tertekan.
Tekanan yang anda sendiri cipta.

laundrybaskets edit

Sumber foto – carian Google.
Saya sediakan bakul sebegini juga di rumah siap berlabel untuk memudahkan semua ahli keluarga.

Contoh paling mudah ialah kain baju menggunung yang tidak berlipat.
Melipat pakaian bagi saya hanya satu perkara yang saya kategorikan sebagai perkara “nice to have”.
Jika boleh dilaksanakan = bagus.
Jika tidak dapat dilaksanakan = it’s ok.
Apa yang saya lakukan saya sediakan 6 bakul kosong berlabel nama saya, suami dan anak-anak.
Kutip saja dari ampaian terus saya masukkan ke dalam bakul mengikut empunya nama.
Ada masa saya lipat bersama anak-anak ketika menonton tv.
Jika tidak sempat tidak mengapa kerana ianya tidak mengganggu rutin.
Anak-anak dengan mudah dapat mengambilnya mengikut label bakul.
Yang mana bersangkut terus dimasukkan ke dalam almari.

Saya hanya ada 24 jam, anda pun hanya ada 24 jam.
Dan saya lebih suka menggunakan masa berharga saya untuk beraktiviti bersama keluarga.

Petikan naskah Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri