Siapa Nak Kerja Dari Rumah? Angkat Tangan!

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kerja Dari Rumah

Jadual harian saya:

5.30am – jam bunyi, tekan dan set semula 5.45am, bunyi lagi…set semula 5.50am…bunyi lagi….lagi…lagi…

6.00 am – betul betul bangun, siap sarapan, ketuk 4 bilik heroes and heroin suruh mandi.
7.00 am – zasss….hantar anak-anak ke sekolah, 2 lokasi sekolah rendah dan menengah.
7.30 am – sarapan di luar dengan suami, encik suami wajib kena minum teh beng Mak Bedah yang dijampi.
8.30 am – sampai rumah, bagi makan minum si 2 ekoq kuda iaitu Adam dan Salehudin serta seekor meow si Awe
9.00 am – kemas rumah
9.30 am – masuk pejabat sat.
12.00 pm – masak
1.45 pm – zass…ambil Irfan & Irdina dari sekolah
2.30 pm – sampai rumah, lunch.
3.00 pm – masuk pejabat sat.
4.45 pm – zasss…ambil Irsyad dan Isyraf dari kelas agama
5.15 pm – sampai rumah, teman Irsyad & Isyraf makan dan siapkan minum petang.
6.30 pm – berkebun ala kadar
8.30 pm – dinner
9.00 pm – teman anak-anak buat homework
12 midnite – pengsan

Normally saya akan bangun semula selepas semua orang zzzz untuk sambung kerja.

Siapakah yang sanggup work from home angkat tangan!

Sebelum terjebak dan nangeh meh baca buku Mek Zurots, get ready serba sedikit dulu sebelum hantaq surat berhenti.

Nak order terus dari saya boleh, PM atau whatsapp ke 011 2545 9481.
Beli di Biji Kopi Cafe Bangi atau HQ Headquarters Restaurant & Cafe Kulim pun boleh.

Selamat malam!

#catatanmekzurots
#wahm
#azuraabdullah