Percutian Santai Sambil Memancing: Tasik Timah Tasoh

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah dan Timah Tasoh Lake Resort & Retreat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya teruskan perkongsian lokasi memancing untuk seisi keluarga dengan Tasik Timah Tasoh, Perlis. Bagi keluarga kaki pancing seperti kami, sebut sahaja lokasi sesuai untuk aktiviti sekeluarga, pasti akan kami terjah. Alamat lengkap premis Tasik Timah Tasoh ialah:
Lot 3082, Jalan Kaki Bukit, 
Kampung Bukit Manik, 
02200 Kaki Bukit, Perlis, 
Malaysia
Talipon: 04-9387186
Secara kasarnya mendiami chalet di sini agak selesa. Kemudahan yang lengkap dan cantik. Mungkin nasib kami agak kurang baik pada hari itu kerana bilik air sinkinya bocor, air paip pula sangat perlahan. Bilik pula penuh dengan tahi cicak. Kafe resort hanya di buka bagi tempahan berkumpulan dan anda perlu mendapatkan makanan di pekan berhampiran.
Walaubagaimanapun bagi kaki pancing, ianya agak mengecewakan. Para kaki pancing hanya boleh memancing di waktu siang ditemani panorama menarik sambil melayan segerombolan kerbau bermandi manda. Waktu malam hari gelap gelita, lampu di sekeling tasik tidak ada. Tepian tasik juga penuh dengan rumput-rumput yang panjang. Agak berisiko untuk memancing di waktu malam. Sayang sekali lokasi dan premis berpotensi tinggi sebegini tidak diselenggara dengan baik.
Orang luar juga bebas keluar masuk ke premis tanpa kawalan. Paling menyakitkan mata ialah anak-anak muda berpasang-pasangan melepak di bawah pondok-pondok kecil yang disediakan tanpa segan silu dengan pelbagai aksi. Terdapat juga sekumpulan mat rempit datang melepak pada hari tersebut.
Jika ada sesiapa dari pihak berwajib terbaca nukilan saya ini, mohon lakukanlah sesuatu. Sangat merugikan jikan dibiarkan.

Wassalam.