Percutian Santai Sambil Memancing: Tasik Kenyir

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maraton memancing lagi. Tadi ada yang emailkan saya bertanyakan tentang lokasi memancing di Pantai Timur yang pernah saya kunjungi. Ya pastinya ada. Antara yang sangat melekat di hati saya ialah trip memancing ke Tasik Kenyir, Terengganu sempena Himpunan Keluarga Tok Mek. Berkampung di atas rumah bot selama 3 hari 2 malam adalah satu pengalaman yang hebat dan tak dapat dikikis dari ingatan.

Konvoi Keluarga Tok Mek.

Percutian sebegini juga adalah sangat sesuai bagi mereka yang merancang untuk menaikkan berat badan. Memang pasti naik. 3 hari 2 malam terapung di atas air, lapar lapar lapar adalah perkataan yang setia dengan kita ;) . Terdapat 2 opsyen bagi mereka yang menyewa rumah bot ini samada mengambil perkhidmatan memasak atau kita lakukan sendiri. Bagi kami sekeluarga kami memasak sendiri memandang fasiliti yang disediakan cukup lengkap.

Di dalam rumah bot ini terdapat 6 bilik di tingkat atas lengkap dengan kipas dan katil 2 tingkat (di bawah queen, di atas single). 2 bilik air di tingkat bawah. 1 ruang tamu lengkap dengan kusyen, televisyen, set karaoke dan astro. Manakala dapur pula dilengkapi dapur gas, peti sejuk dan peralatan memasak. Rumah bot ini juga membawa bersama 2 bot laju untuk kami akses kawasan yang cetek untuk memancing. Harga untuk 3 hari 2 malam adalah RM2600 tanpa mengakses ke kawasan yang perlukan permit.

Saya perlu kongsi lebih banyak gambar pada coretan kali ini kerana tanpanya sukar untuk pembaca sekalian mendapat gambaran.

Rumah bot yang kami sewa.

Katil yang disediakan di dalam bilik.

Rumah bot 2 tingkat.
Bersedialah ibu-ibu yang punya anak kecil yang rumahnya tiada tangga ;)

Bot yang di bawa bersama.

Panaroma menarik sepanjang menyusuri Tasik Kenyir.

Berhenti di salah satu lokasi menarik.
Air Terjun yang saya sudah lupa namanya.

Pasti ada yang cemburu melihat si kecil Caf menikmati kesegaran air Tasik Kenyir.
Pemandangan indah di mana-mana. Hijau segar.

Teknik menangkap ikan gaya the flinstone ;)

Betapa gembiranya si kecil Caf. Sesuatu yang baru.
Ada berani?

Ikan toman yang tak sanggup saya nak pegang. Seperti …

Irfan dan ikan belida.

Ikan baung antara ikan feveret saya.

Sesi siang ikan. Nasiblah bawak nenek dan Tok Long ;)

3 ultras khusyuk menunggu hasil pancingan.

Ayahsu dan Ayahteh juga mengopi sambil memancing.
Indah!Indah!Indah!

Ini detik yang paling saya suka. Solat di pinggiran tasik, terasa sangat kerdil.
Kemudiannya melayan kopi dan biskut tawar.

Antara momen yang paling saya suka adalah ketika berlabuh di malam hari di tepian Tasik Kenyir. Sangat tersentuh hati ini ketika solat di waktu sunyi sepi ditemani cengkerik. Sangat kerdil rasa diri ini, tidak punya apa-apa.

Akhir kata semoga perkongsian ini memberi manfaat. Anda boleh email kepada saya jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat yang saya terlepas pandang.

Wassalam.