Percutian Santai Sambil Memancing – Chalet Terapung Persatuan Peladang Teluk Bayu

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya kongsikan lagi tentang lokasi percutian santai sambil memancing kami sekeluarga buat rujukan kaki pancing di luar sana. Chalet Terapung Persatuan Peladang Teluk Bayu, Sg.Petani, Kedah ini berbeza dengan Chalet Terapung di Kuala Segantang Garam. Di Kuala Segantang Garam anda boleh terus berjalan ke chalet-chalet melalui laluan terapung yang dihubungkan terus dari tepi gigi air. Manakala di Teluk Bayu anda perlu menaiki bot yang disediakn oleh pengusaha chalet untuk sampai ke chalet anda. Sekejap sahaja, kurang dari 5 minit.

Harga chalet bermula dari RM150 hingga RM300 bergantung kepada saiz dan fasiliti di dalam chalet yang disediakan oleh pengusaha chalet. Kemudahan dapur disediakan dan anda perlu memasak juadah sendiri. Bahan-bahan masakan juga perlu dibawa sendiri. Chalet di dalam gambar berikut berharga RM300 satu malam. Untuk tempahan boleh hubungi 016-4829309.

Tok Ayah pun ikut sekali. Kelihatan si kecik Caf sangat teruja.
Pandangan luar chalet.
Terdapat laluan pejalan kaki dari chalet ke chalet.
**Sila abaikan kanak-kanak seksi itu.**
Mengopi sambil memancing adalah tak terucap nikmatnya.
Tenang dan nyaman di sini. 2 orang itu pun aman damai sahaja tidak bergaduh ;)

Irsyad khusyuk melayan pancing.

Masing-masing tenang sahaja di sini termasuk Irfan.
Memancing melatih kesabaran.

Spiderman undergoing training.

Salah stau bilik.
Dapur yang lengkap. 

Ruang tamu.

Sekian dahulu. Wassalam.