Percutian Santai Sambil Memancing – Chalet Terapung Kuala Segantang Garam

Teks: Azura Abdullah
Foto : Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya menerima banyak pertanyaan melalui peti surat facebook saya bertanyakan tempat memancing yang selalu saya kunjungi bersama keluarga. Sebenarnya saya pernah berkongsi di blog lama saya. Saya kongsikan sekali lagi buat mereka yang masih belum sampai ke sini. Chalet Terapung Persatuan Peladang yang terletak di Kuala Segantang Garam, Merbok, Sungai Petani, Kedah ini adalah di bawah kelolalaan Persatuan Peladang. Antara fasiliti yang terdapat di sini ialah bilik, dorm, chalet berkembar, chalet VIP, dewan mesyuarat dan juga pelantar memancing. Setiap chalet mempunyai kemudahan memasak masing-masing. Manakala bilik dan dorm pula perlu berkongsi dapur untuk memasak.

Berikut sebut harga bilik dan chalet untuk rujukan kaki pancing:

  • Bilik 1 katil queen dan kipas = RM40.00
  • Bilik 1 katil queen, 1 katil bujang dan kipas = RM60.00
  • Bilik 1 katil queen, 1 katil bujang, kipas dan TV = RM80.00
  • Chalet berkembar 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 dapur dan 1 ruang tamu = RM150.00
  • Chalet VIP 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 dapur dan 1 ruang tamu = RM250.00
  • Sewa pelantar sahaja (pengunjung lain tak dibenarkan menggunakan pelantar jika kita menyewa seluruh pelantar utama) = RM300.00
Boleh hubungi 012-4633526/0195452412 untuk tempahan.
Bahan-bahan untuk memasak perlu dibawa sendiri kerana tiada kedai runcit berhampiran chalet tersebut. Baru-baru ini Restoran Terapung telah siap dibina dan hanya menunggu tarikh pembukaan. Ini mungkin penyelesaian bagi yang mahukan percutian santai tanpa perlu memasak.
Peralatan memancing dan umpan juga perlu disediakan sendiri. 
Sekian lah sahaja maklumat bagi yang bertanya tentang pot memancing ini. Saya sertakan beberapa keping gambar untuk rujukan.
Tempat letak kereta berada di bawah radar penglihatan penghuni chalet.
Jadi anda tidak perlu bimbang. 
Ini antara chalet-chalet terapung yang terdapat di Kuala Segantang Garam, Merbok, Sg.Petani, Kedah.
Sangat tenang di sini.
Si kecik Isyraf pun dapat ikan.

Irfan sepertia biasa, Si Jaguh Sembilang.
MekNa pun terer jugak!

Tangkapan kegemaran anak-anak untuk di bawa pulang. Dikeringkan dan di spray cat warna.
Tetapi tangkapan yang pastinya memeningkan kaki pancing ;)
Irfan, Irdina, Irsyad, Isyraf dan sepupu montel, Azfar bersama hasil tangkapan.
Menu wajib. Sardin ;)

Berkelah macam ni yang best!

Wassalam.