PANDUAN BINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

PANDUAN BINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

Bismillah.
Syukur ke hadrat Allah swt di atas ilham dan peluang yang tidak pernah putus sepanjang kembali ke fikrah bergelar WAHM (Working At Home Mom).

Baru-baru ini saya ada berkongsi status rumah kecil di tengah sawah yang kami suami isteri bina di atas tanah sendiri.
Ianya mendapat respon luar biasa dan inbox kami dihujani dengan berbagai soalan.

image

InsyaAllah, ebook PANDUAN BINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI ini akan terbit dalam masa sebulan lagi (1hb.Sept 2015) untuk membantu rakan-rakan yang berminat untuk membina rumah di atas tanah sendiri satu hari nanti.

Saya akan berkongsi pelbagai aspek dari mula perancangan kewangan hingga siap rumah anda. Samada pembinaan dibiaya secara tunai atau pinjaman akan saya ulas prosedurnya dengan terperinci.

Proses mengeluarkan wang KWSP, urusan dengan pihak autoriti seperti pihak Majlis Daerah, Pejabat Tanah dsb juga akan dikupas.

Kos-kos berbangkit akan saya visualkan supaya anda mendapat gambaran sebenar dan pembinaan rumah impian tidak tersangkut di tengah jalan, contohnya kos menambun tanah, pamasangan tiang elektrik/telefon tambahan (seperti rumah saya yang jauh di tengah sawah) dan bermacam-macam lagi.

Juga TIPs serta DO dan DON’Ts apabila berurusan dengan pihak kontraktor/tukang rumah.

InsyaAllah akan saya cuba sehabis baik berdasarkan kajian dan pengalaman saya sendiri.

Dengan itu saya ingin membuka peluang pengiklanan kepada mana-mana syarikat berikut di seluruh Malaysia untuk berkongsi maklumat syarikat anda di dalam naskah ebook saya ini.

√ pembinaan
√ interior/exterior decoration
√ pemasangan paip
√ pendawaian elektrik
√ hardware
√ hiasan dan landskap
√ pihak bank
√ kedai perabot
√ kedai elektrik
√ perkhidmatan mencuci
√ perkhidmatan mengecat
√ pelukis pelan
√ ejen-ejen hartanah
dan lain-lain yang berkaitan

Jika ada rezeki ebook ini kemudiannya dipinang dan diterbit/diterjemahkan ke naskah fizikal sebagaimana buku pertama saya, maklumat syarikat anda tetap akan dikekalkan di kolum direktori.

Saya buka 1 mukasurat bermula pada harga RM500.

Tarikh tutup ialah pada 8hb.Ogos.

Selepas menerima bayaran penuh saya akan menghubungi anda untuk ditemuramah.

Terima kasih.

Azura Abdullah
Website : www.azuraabdullah.com
Email: pn.azuraabdullah@gmail.com
Whatsapp: 0195761251