Oh! Sibuknya WAHM.

Teks: Azura Abdullah
Foto: Carian Google

wahm

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 Hari ini genap 14 hari saya bergelar Working At Home Mom setelah lama merancang untuk meninggalkan kerjaya saya. Ya, tak dinafikan memang sangat sibuk dengan pelbagai tuntutan rutin yang perlu diselesaikan. Walaubagaimanapun kesimpulannya dari 14 hari ini, “displin masa” adalah amat penting. Para suri juga perlu pandai “mencuri masa”. Sangat penting!.

Menjadi WAHM perlu professional. Aplikasi teknik pengurusan masa waktu bekerja dahulu ke rumah, tiada beza. Jika tidak hari kita hanya berakhir dengan keletihan. Pengorbanan meninggalkan kerjaya hebat dahulunya hanya akan sia-sia dengan sekadar sibuk melakukan kerja rumah. Kita sendiri yang menentukan ianya berbaloi atau tidak.

Berikut merupakan jadual harian saya, saya kongsikan di sini agar dapat memberi manfaat kepada para suri yang telah lama bergelar WAHM tetapi masih berperang dengan masa, juga pada suri yang dalam perancangan untuk bergelar WAHM.

5.30 pagi

  • Bangun sediakan sarapan, pastikan anak-anak solat Subuh
  • Masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh

07.00 pagi

  • Hantar anak-anak ke sekolah

08.00 pagi

  • Ke Pasar

08.45 pagi

  • Sidai baju (baju kotor yang saya masukkan dalam mesin sebelum keluar tadi sudah siap dibasuh)

09.00 pagi

  • Bersenam – saya jogging di tepi sawah belakang rumah saya setiap pagi.

10.00 pagi

  • Masuk SOHO (small office home office).

12.00 tgh

  • Memasak juadah makan tengahari

01.00 tgh

  • Ambil anak-anak dari sekolah/hantar bekalan jika ada kelas agama (Ahad, Isnin, Selasa)
  • Anak yang bersekolah rendah keluar 1.05 ptg dan yang bersekolah menengah keluar pada 2.05pm. Sekolah bersebelahan.
  • Saya bawa bersama Wireless Broadband yang boleh dipasang di dalam kereta. Jimat belanja dari menggunakan mobile data.
  • Saya curi masa 1 jam ini menjawab soalan pelajar online dan pelanggan perniagaan online saya.
  • Anak-anak pula bermain di padang sementara menunggu abang mereka keluar.

02.30 ptg

  • Makan tengahari bersama anak-anak.

03.00 ptg

  • Masuk SOHO (small office home office).

04.45 ptg

  • Ambil anak-anak dari kelas agama (Ahad, Isnin, Selasa sahaja)

05.30 ptg

  • Minum petang

06.00 ptg

  • Teman anak-anak bermain di luar, kalau rajin saya jogging di kala anak-anak bermain.

07.00 mlm

  • Solat Maghrib. Ajar anak-anak mengaji sehingga masuk waktu Isya.

08.30 mlm

  • Makan malam

08.45 mlm

  • Teman anak-anak buat homework sambil saya beronline sekejap.

11.00 mlm

  • Anak-anak masuk tidur. Saya masuk SOHO (small office home office). 1 jam terakhir setiap hari saya membuat refleksi “things to do” untuk hari tersebut yang telah siap, apa yang belum siap dan perlu dibawa ke esok hari. Kemudiannya siapkan “things to do” untuk hari esok.

12.00 mlm

  • Waktu tidur saya ;)

 

Pada hari anak-anak cuti saya turut bercuti. Hujung minggu hari untuk bersama keluarga dan juga untuk “reward” diri sendiri setelah 1 minggu berpenat lelah. Kerja-kerja pemasaran dan penulisan, selagi ada idea keluar saya terus menulis. “Schedule post” kan ada. Jadinya kita boleh menulis dan rancang tarikh bila artikel tersebut kita mahu keluarkan. Jadinya kita takkan terkejar-kejar.

Kuncinya di sini ” TIME MANAGEMENT” @ “PENGURUSAN MASA”. Pepatah inggeris ada berkata, ” You cannot FIND time, but you have to MAKE time for anything that you want to do”.

Salam kasih sayang dari saya.

 

p/s: nantikan kemunculan Cik UlatBuku ;)