Mudahnya Memasak Dengan Philips Pressure Cooker

Teks: Azura Abdullah
Foto: AzuraAbdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Semalam suami minta saya gorengkan lidah lembu. Orang Kelantan memang pandai makan. Saya mula-mula kawin dulu rasa pelik and geli ya amat. La ni saya layan. Lidah lembu ni teksturnya lebih lembut dari daging.

Sebelum boleh dimasak kita kena buang dahulu lapisan luarnya yang menggerutu. Selalunya saya sapukan dengan mentega dan bakar di dalam oven untuk memudahkan proses mengeluarkan kulit lidah tersebut. Susah juga nak keluar, kena ada bantuan pisau.

image

image

Ini saya zoomkan lidah lembu yang dah dibuang kulit luarnya.

Kali ini saya cuba cara lain pula iaitu saya gunakan Philips Pressure Cooker. 
Apa yang saya lakukan ialah:

1. Masukkan air pada paras minima iaitu 1/3 periuk.
2. Masukkan lidah lembu begitu sahaja, tak payah potong.
3. Tekan butang beef/tendon dan start.
4. Apabila anda keluarkan anda akan dapat lihat kulit lidah sudah ter’peel’ sendirinya. Tarik keluar sahaja. Tak perlu bersusah payah.

Mudah dan cepat dengan Philips Electric Pressure Cooker ni.

image

Nampak tak teksturnya...berbeza, lembut.

Lepas tu saya potong-potongkan lidah lembu tersebut, gaul garam dan kunyit..
goreng garing. Yummeh!

#philips
#memasakdenganmekzurots
#pressurecooker