Mudahnya Memasak Dengan Philips Electric Pressure Cooker

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Akhirnya terjebak juga dengan electric pressure cooker…hehehe. Ini semua kawan-kawan group alumni sekolah punya pukulanlah ni.

Terdapat banyak model di pasaran, murah, sederhana dan mahal. Setelah membuat sedikit research …chewah! research lagi….kakaka…alasan 5 bintang! Saya akhirnya membuat keputusan untuk memilih Philips Electric Pressure Cooker model HD2139, harganya RM366.00 sahaja dan saya beli melalui laman sesawang Lazada. Functionnya lebih kurang sama sahaja dengan model mahal di pasaran dan sangat user friendly. Apatah lagi bagi ibu-ibu yang sentiasa sibuk, periuk ini sangat menjimatkan masa anda.

Hari ini dengan rasminya saya cuba gunakan periuk tersebut dengan resepi ringkas iaitu Ayam Sos Tiram.

Mudah sahaja caranya dengan Philips Electric Pressure Cooker. Ada gaya duta produk…kihkihkih.

Ayam Sos Tiram

Bahan-bahannya:

image

Sediakan semua bahan-bahan seperti di dalam gambar. Halia, bawang, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, tomato, perahan limau dan sos tiram.
Ayam (sebelah, dipotong kecil)

Cara-caranya:

image

1. Masukkan sedikit minyak di dasar periuk.

image

image

2. Masukkan ke semua bahan-bahan hirisan tadi dan ayam. Kacau.

image

3. Setkan periuk anda: tekan butang Chicken. Automatik akan disetkan 15 minit.

image

Siap!

Lembut ya amat daging ayam dan sangat juicy kuahnya.

Cubalah!

#philips
#electricpressurecooker
#pressurecooker
#lazada