Mesej Dhuha

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi tadi satu tamparan hebat buat saya dari si kecil Isyraf Hadzrami sewaktu sarapan pagi sebelum ke sekolah.

“Ibu, kita jumpa satgi 10.15 na.”

“Jumpa? Kan sekolah hari ni?”

“Jumpa kat sejadah la. Kami 10.15 solat dhuha dengan kawan-kawan di surau sekolah waktu rehat. Ibu buat sama tau.”

Pergi dapur, cuci cawan sambil lap ayaq mata.

Oh anak! Ibu solat dhuha bila rasa sesak, rasa serabut, rasa nak minta apa-apa dari Tuhan sahaja.
Belum lagi jadi amalan.
Belum lagi anakku.
Jauhnya ibu.

Tapi anak anak-anak kecil ini solat dhuhanya kerana apa?
Tiada apa-apa hajat dunia macam kita orang dewasa.
Hanya ikhlas anak kecil menyerah diri dan memuji  Yang Esa di celah kesibukan waktu sekolah.

“Adik doa apa? Cikgu suruh ka solat dhuha? ”

“Dak aih kami dengan Anas dengan 2-3 orang kawan ja pi surau sat. Sat saja ibu. Kami doa untuk ibu dengan abah dengan Irfan dengan Mekna dengan Irsyad dengan Mak Tok dengan Tok Ayah. Kami doa bagi kami pandai dapat masuk universiti sama. Bila pandai boleh masuk kampung dengan wargakilang tolong orang.”

Lap ayaq mata lagi ibu.

Itu saja yang kau pinta anak.

#dhuha
#iamchefcaf
#catatanmekzurots
#telegramdarilangit