Merantau Ke Deli

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

image

Saya agak jem sehari dua ini. Idealess. Jadinya saya angkat break dengan membaca naskah HAMKA, Merantau Ke Deli.

Sungguh tajam dan mendalam isinya. Sebuah naskah berkisar hal rumahtangga tetapi isinya mendalam ke seluruh aspek kehidupan jika kita membacanya dengan mata hati.

Antara kesimpulan yang dapat saya ambil dari naskah ini ialah:

● Manusia lazimnya cerdik sebelum ada wang di tangan.

● Setelah wang ada di tangan lazimnya menjadi bingung.

● Lelaki jatuh bangunnya kerana wang dan wanita.

● Mendahulukan keperluan berbanding kehendak kunci kejayaan hidup.

● Hidup menuruti cakap orang dan adat, waima saudara mara mengheret empunya badan dihambakan dunia, akhirnya melarat. Di hadapan kelihatannya senang, di belakangnya siksa.

● Hidup berlandaskan agama itu kuncinya.

Didoakan ada manfaatnya.

#catatanmekzurots
#zurotsnbooks