Menulis Dan Kisah Suatu Ketika Dahulu

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah & Carian Google

Menulis & Kisah Suatu Ketika Dahulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mei 2014 menandakan masuk bulan ke 5 saya bergelar Working At Home Mom (WAHM). Hari ke hari saya semakin jatuh hati dengan bidang penulisan. Bila disingkap kembali kisah suatu ketika dahulu, sebenarnya dari zaman sekolah lagi saya sudah suka menulis. Masih saya ingat karangan pertama saya bertajuk, ” Permata Airoros” terbit di Majalah Bulanan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik ketika saya di darjah 4. Balik sekolah melompat terus terkam emak. Semangat sekali mahu tunjuk majalah sekolah. Sayang sekali koleksi peribadi ini telah hangus terbakar bersama kenangan 2 minggu lalu. Saya terus bersemangat menjadi penulis bulanan bagi majalah sekolah hingga tamat belajar.

writing

Seterusnya bila saya berjaya menjejak ke universiti saya masih terlibat dengan kerja-kerja penulisan berlainan genre. Saya lebih fokus kepada aspek motivasi dan kaunseling bersama rakan-rakan Kelab Kaunseling & Kerjaya melalui sumbangan modul-modul latihan yang digunakan kepada murid-murid sekolah. Sewaktu saya menghadiri kursus di bawah tajaan Cherie Blair Foundation & Yayasan Pendidikan Vokasional Wanita, Puan Fatimah salah seorang dari tenaga pengajar berpengalaman dalam satu sesi analisa juga menbuat kesimpulan bahawa kekuatan saya ialah dalam bidang penulisan konten, saya seorang yang sangat berstruktur dan terperinci katanya. Saya sendiri kurang peka tentang ini.

writing

Tanpa saya sedar juga sepanjang saya bekerja di syarikat multinasional ternama Intel selama 17 tahun, selain dari rutin saya sebagai jurutera saya juga sering dilontarkan dengan kerja-kerja penulisan oleh majikan melalui majalah digital keluaran syarikat Berbahasa Inggeris. Saya tersenyum kerana baru-baru ini masih terdapat beberapa pekerja syarikat Intel masih menguhubungi saya kerana terdapat pihak berwajib menyarankan mereka mendapatkan saya untuk menghasilkan laporan yang komprehensif bagi beberapa kes yang masih berlangsung, walhal saya sudah memasuki fasa 5 bulan sebagai bekas pekerja. Saya tidak sangka begitu besarnya impak penulisan saya. Dalam masa yang sama saya amat bersyukur kerana Allah swt menunjukkan jalan mempertemukan saya kembali dengan rakan blogger yang saya kenal melalui alam maya Puan Zaila Mohamed yang menyarankan saya untuk menghubungi rakan blogger Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah untuk memanfaatkan lagi skil penulisan yang saya miliki ini. Saya dulunya di awal penglibatan sebagai blogger, saya kenal Puan Masayu Ahmad hanya sebagai seorang blogger. Percayalah, jika dengan adanya skil hebat bagaimana pun jika kita berada di kelompok yang salah dan tidak dapat membantu memacu kita ke arah yang betul, kita takkan ke mana.

Walaupun saya telah mula sebagai seorang blogger pada tahun 2009 kalau tidak silap saya, tetapi ianya hanya sekadar suka-suka, menulis tanpa arah, sekali sekala mendapat imbuhan dari Google Adsense saya sudah berpuas hati. Saya belum benar-benar faham ketika itu manfaat apa yang boleh diambil melalui ruang siber ini.

Alhamdulillah. Minat dan skil yang saya sangkakan hanya sekadar minat dan skil serta tidak boleh membawa saya ke mana telah banyak menyumbang kepada sumber pendapatan kepada saya kini, hanya dari rumah. Alhamdulillah. Hanya 5 bulan, saya yang bermula kembali menulis dari asas dan tidak punya nama – 20000 lebih pengunjung ke laman saya ini, sudah cukup membanggakan. Selain berperanan sebagai Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah, saya kini sekali sekala sudah mampu mendapat tajaan penginapan di hujung minggu di sekitar Kelantan membuat ulasan dan promosi rumah-rumah tamu dan hotel-hotel bajet. Saya juga sudah dapat membantu para suri menyiapkan kertas cadangan memulakan bisnes kepada pihak-pihak berwajib, menyiapkan tempahan website dan blog, memberi khidmat servis maya. Saya sudah tak menang tangan kini dan mana-mana tugasan yang tak mampu saya siapkan saya berkongsi dengan rakan-rakan satu arena.

Pesan saya terutamanya pada anak murid di bawah kelolaan saya, menulis lah tanpa jemu. Tiada satu perkara pun yang akan datang menggolek. Belakang parang jika diasah pun boleh tajam. Apatah lagi kita manusia. Dari perspektif bisnes, telah berulang kali saya ulang dan ulang…blog ini medan membina jenama diri (self branding), tiada siapa yang mahu berurusan dengan individu yang mereka tidak percaya. Ini medan “human touch” kita. Pelanggan bencikan iklan, mereka sukakan maklumat.
Bagaimana?
Menulis lah jawapannya.

Oh! Ebook saya pun sudah sampai ke tangan Puan Masayu Ahmad dalam peringkat tapisan akhir. Semuanya hasil kesungguhan menulis dan melalui blog.

logoakademi

Saya jemput rakan-rakan pembaca saya di sini untuk bersama saya mengikuti kelas online di akademi bekerja di rumah. Kelas yang fleksibel. Anda tak perlu pun hadir ke kelas atau “call -in” ke talian kelas. Semuanya atas displin serta kesungguhan anda sendiri. Guru-Guru online sentiasa bersedia.

Wassalam.