Menghargai Ketika Masih Memiliki

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semalam saya sukar nak tidur. Berjaga sampai ke pagi berseorangan sambil melayan sebuah cerita keluarga yang sarat dengan mesej, STEPMOM.

Beberapa kali air mata tumpah juga apatah lagi setiap kali merefleksikan diri berdasarkan cerita tersebut, banyak sungguh perlukan perhatian.

1) Sepasang suami isteri bercerai dengan 2 anak di bawah jagaan isteri.

2) Si bapa mempunyai teman wanita baru dan cuba membawa teman wanitanya ke dalam keluarga.

3) Si ibu berperang dengan penyakit kanser berseorangan dengan harapan ianya pulih dan tidak mahu membebankan anak-anak. Bekas suami juga tidak tahu.

4) Teman wanita si bapa seorang yang baik dan berfikiran terbuka, berusaha sedaya upaya memenangi hati anak-anak dan berkawan dengan bekas isteri. Mereka bakal berkahwin.

5) Si ibu akhirnya tidak lagi dapat menyembunyikan penyakitnya yang semakin kritikal apabila perlu menjalani proses kimo.

6) Si ibu sangat bersyukur teman wanita suaminya sangat membantu dalam mengendalikan anak-anak beliau.

7) Jauh di sudut hati si ibu bersyukur ada insan bakal menjaga anak-anaknya apabila beliau tiada satu hari nanti.

8) Anak-anak sukar menerima kenyataan bahawa suatu hari ibu mereka akan pergi di kala si bapa pula sudah mempunyai teman wanita baru.

9) Si bapa dalam kesalan kerana tidak menggunakan masa sebagai sebuah keluarga ketika masih bersatu dahulu.

10) Masing-masing cuba melakukan yang terbaik untuk tidak mensia-siakan sisa-sisa umur si ibu yang masih berbaki.

11) Si ibu akhirnya kelihatan puas, penuh keyakinan dan redho dengan ujian yang dihadapi.

✩ Bayangkan jika kita tahu bila tarikh tamat tempoh hayat kita, pasangan kita, mereka yang kita sayang waima musuh kita sekalipun?

Hubungan antara dua insan adalah untuk saling melengkapi, saling memahami dan saling meraikan perbezaan yang ada.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, samada kita mahu melihatnya melalui cermin yang bersih atau kelabu.

Hargailah ketika kita masih memiliki.

Ingatan untuk diri saya juga.

Azura Abdullah
www.azuraabdullah.com
#inspirasisuri
#catatanmekzurots