Menarik Perkara Positif Dengan Tindakan Positif

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

MenarikPerkaraPositif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini di pekan Machang saya memberi laluan kepada sebuah kereta di persimpangan sibuk yang tidak punya lampu trafik.

Irsyad bertanya, “Kenapa ibu bagi pakcik tu jalan dulu ?”.
“Hari ni kita mudahkan urusan orang, esok-esok Allah swt mudahkan urusan ibu. Mana tau pakcik tadi doakan ibu perkara yang baik-baik lepas ni”.
” Best jugak kan macam tu ibu. Orang nak buat macam ibu jugak lah”.

Cepat sungguh Allah swt bayar.
Saya masih di Sweet Beach Resort Tok Bali bermalam di sini menunggu anakanda MekNa berklinik UPSR selama 2 hari. Tamat jam 6 petang.
Sepatutnya jam 12 mana-mana hotel/chalet pun itulah waktu checkoutnya.
Alhamdulillah.
Pengarah program uruskan dengan pihak chalet dan benarkan kami checkout jam 6 petang. Tanpa apa-apa bayaran tambahan.
Jika tidak jenuh juga menunggu hingga jam 6 tanpa bilik.

Dalam kehidupan harian ataupun dunia niaga itulah dia aturannya.
Usah jemu berbuat baik dan bersangka baik untuk menjemput yang baik-baik.

Didoakan ada manfaatnya.