Menang Tetapi Kosong

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Puding Roti campak-campak, saya guna lebihan beberapa potong Potato Bun yang diberi Tuan Bob sewaktu misi Jalan2 Masuk Kampung menyantuni 20 keluarga asnaf di Temangan, Kelantan pada Jumaat yang lepas dan juga bahagian kulit roti di rumah yang masih berbaki.

Tiba-tiba rasa syahdu dan teringatkan mak di kampung.
Mak sangat jimat dan cermat orangnya.
Waktu zaman sekolah dulu kalau ada lebihan ikan, ayam atau daging dari juadah yang mak masak seperti kari atau sup, mak akan basuh ikan, daging atau ayam tersebut untuk digoreng buat juadah keesokan harinya.
Sedikit pun tidak terbazir.

Mak bukan sahaja tidak membazir makanan tetapi juga perkataan.

Menurut mak usah dibazirkan perkataan untuk perkara yang sia-sia waima perkara personal atau profesional.
Pesan mak, “Orang yang selalu mahu menang mulut atau perkataan selalunya tewas di hati sendiri dan juga orang lain walaupun secara fizikalnya kelihatan menang tetapi kosong.”

Jauh.
Mendalam.

Selamat Malam.

Azura Abdullah
♡ Rindu Mak ♡
www.azuraabdullah.com

#catatanmekzurots