Memulakan Bisnes Dari Rumah Dengan Kos Paling Minima

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

pekkk

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ini saya mahu berkongsi secara ringkas dan realiti bagaimana para pembaca boleh memulakan bisnes dengan kos paling minima. Ramai yang menghantar mesej kepada saya yang mereka membaca berbagai artikel tentang “lean start-up” tetapi tidak dapat melihat hubungkait dengan aplikasinya terutama bagi golongan wanita yang mahu melakukan bisnes sambilan dari rumah.

Saya kongsi bersama pembaca setia saya di sini antara bisnes kecil yang saya lakukan tetapi saya dapat pukul habis-habisan bila tiba musim perayaan. Ini juga apa yang pakar bisnes internet, Tuan Ammar Zahar katakan iaitu kita patut mengambil peluang habis-habisan bagi produk bermusim ini supaya hasilnya dapat “cover” beberapa bulan atau setahun sales. 

 

serundinginajar

 

Bisnes serunding ini saya hanya lancarkan sebulan sebelum bulan puasa baru-baru ini. Saya tidak masak sendiri. Saya beli dari seorang makcik yang pandai membuat serunding tetapi tidak pandai membuat jualan. Dua-dua pihak senang-senang bukan. Tiada sebelah pihak yang menang.

Jualan sempena raya puasa baru-baru ini ialah 500 kilogram. Komisen untuk ejen dropship saya ialah RM6 untuk sekilo. Anda congak sendiri berapa keuntungan yang kami buat bersama! Usah kedekut berkongsi rezeki bersama-sama ejen anda. Usah tamak untung berganda atas satu unit jualan. Siapa mahu bersusah payah dan bekerja bersama anda jika kedekut berkongsi. Ejen pun tidak berkira masa dan tenaga jika anda juga tidak berkira. Pukul keuntungan melalui “volume”. Kecil tetapi banyak!

 

posss

Kosnya secara kasar adalah seperti berikut:

- website : RM0.00
- domain : RM39.90
- modal beli serunding dari pembekal: RM0.00
- plastik : RM50.00
- label : RM0.00
- marketing : RM0.00
Jumlah kos start-up saya: RM89.00 sahaja.

Website www.serunding.me saya buat sendiri menggunakan WordPress. Domainnya saya beli dengan harga RM39.90 sahaja. Modal untuk membeli stok serunding pula saya hanya ambil stok 2 minggu sekali bila pelanggan membuat bayaran. Saya tidak simpan stok berkepuk-kepuk di rumah. Pengeposan juga hanya berlaku 2 kali seminggu. Masa saya amat berharga :) . Plastik saya beli pukal dengan kos RM50.00 sahaja.

 

10463922_10152618936464905_8941779401012476209_n

sampul

Label untuk produk pula saya mendapat tajaan dari Taming Creative. Bukan itu sahaja, saya juga mendapat tajaan sampul raya berlabelkan produk saya. Boleh rujuk segmen tajaan di sini ya : http://azuraabdullah.com/masih-relevankah-kad-bisnes-di-zaman-digital/

Saya tak perlukan FB ADs atau apa-apa promosi berbayar untuk marketing. Saya hanya menggunakan sepenuhnya kelebihan “tribe” saya dan lantik ejen dropship. Semua orang suka buat duit atas angin, tanpa modal dan tidak perlu bersusah payah memikirkan stok dan pengeposan barang.

sealer

 

Saya juga berjaya membeli “sealer machine” saiz besar hasil dari keuntungan minggu pertama jualan serunding.

Di doakan perkongsian ringkas dan ikhlas ini dapat membuka mata para surirumah khasnya tentang bagaimana memulakan bisnes dari rumah dengan kos paling minima. Anda hanya perlu masukkan sedikit elemen kreatif untuk berfikir di luar kotak dan merealisasikan angan-angan anda. Jika anda katakan boleh, anda pasti boleh!

Ada juga yang bertanya, saya tidak risaukah berkongsi segala macam maklumat. Nanti bertambah saingan. Senyum. Tidak perlu rasanya saya menjawab. Ilmu itu milik Allah swt. Ketukan keyboard ini juga cabang jariah kecil.

 

Salam kasih sayang dari saya,

Azura Abdullah