Melentur Buluh Dari Rebung, Raja Di Rumah Sendiri

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Kawan,

Kadang-kadang kau lihat isterimu tersengguk-sengguk terhangguk-hangguk dalam kereta dan mohon kau yang turun untuk singgah belikan barang kau turutkan sajalah.
Bukannya lama pun.
Kau pula buat muka 20 sen hempas pintu macam isteri kau itu pemalas tahap dewa.

Tersengguk-sengguk terhangguk-hangguk itu tahukah kau…sampai sahaja di rumah sekejap lagi kau sudah tersandar layan group whatsapp, layan group telegram dan segala macam group di planet bumi yang kau jadi ahli.
Kau sibuk ya amat kalah amatmaselan.
Itu kau belum lagi ada akses ke planet zuhal.

Dan isteri kau pula tak cukup langkah nak susun segala macam hal nak dibuatnya di rumah. Anak-anak solat pun isteri kau jadi siren, anak-anak mengaji pun isteri kau juga kepalanya.
Kerja sekolah? Siapa lagi. Isteri kaulah juga.
Masak, basuh baju, lipat kain, sidai baju? Kang boring pulak dari Perlis sampai Singapura senarainya.
Di kala kau kroh-kroh tengah malam pun isteri kau bangun jenguk anak yang tak sihat, teringat baju sekolah anak koyak…ah sudah! menjahit pulak sambil mata tutup sebelah.
Esoknya pula isteri kau ada presentation lagi di pejabat, bangun goreng apa yang patut lagi atas slides.
Kadang-kadang sampai ke pagi tak sempat tidur, sambung buat breakfast ringkas-ringkas untuk anak-anak pula.

Dan kau pula tak habis-habis dengan segala macam ujian. Kau fikirlah juga Allah swt beri kau ujian itu ujian ini termasuk ujian kesihatan mungkin kerana kau kurang eksesais, tak pernah buat lompat bintang atau….mungkin sebab kau tak pandai nak hargai isteri kau.
Akhirnya isteri kau juga yang berkali-kali menjaga kau.
Bukan ahli segala group kau di planet bumi itu.

Aik! Marah nampak.

Dah habis daaa…. 3:)

Terima kasih Puan M atas perkongsian. Saya kongsikan di sini sebagai pedoman dan ingatan buat para ibu dan juga untuk saya sendiri kerana saya ada 3 orang anak lelaki.

Ini semua adalah refleksi bagaimana kita sebagai ibu dan isteri mencorakkan anak lelaki kita di rumah kerana satu hari nanti mereka bakal menjadi suami dan pemimpin.

Semoga kita berjaya mendidik anak-anak kita (khasnya lelaki) agar tidak menjadi raja di rumah sendiri apabila berumahtangga satu hari nanti.

Melentur buluh dari rebung.

Azura Abdullah
Ahli Jawatankuasa Isteri-Isteri Se-Malaysia

#telegramdarilangit