Masih Relevankah Kad Bisnes Di Zaman Digital ?

~ Segmen Tajaan oleh Taming Creative ~

Teks: Azura Abdullah
Foto: Taming Creative & Azura Abdullah

zura2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masih relevankah kad bisnes di zaman digital ini? Kebanyakan dari kita terutamanya para netizen berpendapat kad bisnes telah mati dan hilang fungsinya. Ya atau tidak jawapannya terserah kepada anda melihatnya dari sudut mana.

Dari pengalaman saya bekerja di syarikat pengeluar cip terkemuka tanahair selama 17 tahun, tiada istilah matinya fungsi kad bisnes. Sebagai sebuah syarikat yang hampir 90% beroperasi secara online dengan kapasiti pekerja seramai 80 ribu orang di seluruh dunia kad bisnes masih tetap relevan dan semua staff eksekutif dibekalkan dengan kad bisnes masing-masing. Penggunaan kad bisnes tidak terbatas bagi urusan dengan agensi kerajaan, syarikat pembekal dan pelanggan malah ianya amat penting bagi hubungan sesama pekerja syarikat yang punya ramai pekerja seperti syarikat Intel Technology (M) Sdn.Bhd ini.

Logo

Stiker produk serunding yang dipasarkan oleh syarikat saya hasil kerja Taming Creative. Banyak lagi design menarik boleh didapati.

serundinginajar

Stiker yang telah dilekatkan pada botol. Stiker yang berkualiti dan tidak mudah tanggal.

Kad bisnes dan juga stiker produk memainkan peranan yang penting dalam aspek pemasaran. Ianya ibarat satu nota atau tanda untuk jatuh cinta pada pandangan pertama. Sebagai peniaga anda dan saya pastinya mahu pelanggan jatuh cinta dengan produk anda dengan hanya sekali pandang. Kad bisnes adalah salah satu kaedah terpenting untuk mewakili diri anda dan juga jenama syarikat anda. Kad bisnes juga merupakan medium di mana pelanggan pertama kalinya di dedahkan kepada diri anda atau jenama bisnes anda dengan maklumat asas. Pertukaran kad bisnes secara fizikal, secara mata bertemu mata lebih berkesan dan punya impak personal yang tersendiri serta tidak dapat dihasilkan melalui kaedah maya.

10518638_10152618936684905_3489114597235965972_n

Kad bisnes boleh sahaja bentuk apa pun. Berfikir di luar kotak agar penerimanya mudah mengingati anda.

Sebelum menghasilkan kad bisnes apa yang perlu anda lakukan ialah:

1. Fahami siapa audien anda?
Adakah mereka dari sektor korporat atau sebagainya. Design kad bisnes anda perlu sesuai dengan audien anda. Jangan pula anda hasilkan kad bisnes penuh bunga dan reben, walhal bisnes anda ialah syarikat penyedia dan penyelia kunci automobil.

2. Mewakili Jenama anda
Kad bisnes anda perlu seiring dengan jenama anda dan elemen-elemen yang ada pada laman web dan media sosial syarikat anda. Jika ianya bertentangan akan wujud kekeliruan dari segi penjenamaan yang pertama kalinya anda tampilkan melalui kad bisnes kepada pelanggan anda.

Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat kepada anda tentang pentingnya kad bisnes walaupun di era digital.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kad bisnes comel, stiker produk dan sampul hari raya boleh hubungi:

Taming Creative
FB: Doorgift Sticker & Tag Master
Alamat: Lot 1, Kolej Kediaman Mawar, UITM, 40000 Shah Alam
Hp: 0355104990/0133532005
Email: tamingcreative@gmail.com

10463922_10152618936464905_8941779401012476209_n

Stiker yang cantik dan berkualiti airtangan Taming Creative untuk Abe Mie Serunding Kampung Laut.

Taming Creative menawarkan kad bisnes dan stiker pada harga yang sangat berbaloi. Stiker comel hanya berharga 10 sen sekeping dan kad bisnes haya 70 ringgit untuk 100 keping termasuk upah design. Manakala sampul raya bercetak logo anda hanya 40 ringgit untuk 10 paket. Saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Tuan Mohd Irawan. Kurang dari seminggu selepas bayaran dibuat saya telah menerima tempahan kad bisnes dan stiker produk serunding saya. Semuanya dilakukan secara online. Hanya dari rumah terus ke pintu rumah anda.

Moga ada manfaatnya.

Wassalam.

Salam kasih sayang dari saya,
Azura Abdullah