Magic Mop, Magic Mak!

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

image

18.3.2016 merupakan hari lahir mak saya. Kali ni saya hanya hantarkan ‘magic mop’ untuk mak melalui Lazada. Ekonomi meleset, poket kelepet.

Pagi tadi rutin biasa saya kalau tak hantar sms bertanya khabar mak dan abah, saya akan terus call sahaja. Gembira mak dengan ‘magic mop’ tu belum habis rupanya.
Saya yang memang jenis sentimental ni air mata dah meleleh tanpa sedar.
“Akak, senang sungguh kerja mak mop lantai pakai mop tu. Kalau tidak jenuh jugak dengan mak sakit lutut ni. Una pun kata nak beli jugak. Abah hang perli mak, mata dia silau kena pakai spek hitam.”
Hihuhi abah!
‘Magic mop’ yang harganya tak sampai RM40 buat mak gembira sampai macam tu sekali.

Macam-macam cerita mak pagi ini dari hal di rumah sampai hal dunia….hehehe. Hebat Mak Kiah!

Adik bongsu bujang saya terlanggar penunggang motosikal di depannya kerana sibuk menoleh ke belakang, ada pasangan suami isteri bergaduh di tepi jalan. MC dua hari. Rupanya penunggang motosikal depan pun menoleh juga nak tengok. Apa lagi…adik saya sondol motosikal depan masuk longkang. Mujurlah jiran sekampung. Masing-masing bergelak sakan apabila bercerita kenapa sampai jadi macam tu. Sibuk betui hang adik!

Macam-macamlah update mak pagi tadi. Benih jagung saya hantar dari Kelantan abah dah mula tanam. Bil air pula naik sejak musim panas ni mak cakap sebab abah kerap siram sayur. “Ayi dengan Adik tu kerja posmen mai rumah hantaq barang mengail saja. Ayi nanti dia nak kawin mak nak suruh dia gadai boq kail dia kalau tak cukup duit.”
Kekeke….win Mak Kiah!

Selepas berbual dengan mak, sambung pula dalam group rakan-rakan di telegram. Sibuk anak mak!

Kebetulan ada anak rakan yang tarikh lahirnya sama dengan anakanda MekNa esok. Saya ditanya tentang kek. Saya kongsikan yang MekNa minta dibelikan kek berharga RM4 sebanyak dua biji di kedai runcit. Nanti MekNa nak deko sendiri dengan cheese. Perbualan terus berlangsung dan entah bagaimana saya berkongsi gambar 2 tahun lepas di mana MekNa tinggalkan beg bernota di pintu bilik saya, minta dijahitkan beg sekolahnya yang koyak. Saya tersentuh hati juga melihat beg sekolah yang sebenarnya sudah ada kesan jahitan sebelum itu, bermakna MekNa sudah cuba menjahitnya. Saya jahitkan sahaja dan tinggalkan nota kembali. Biarlah anak-anak tahu susah dari awal.

Tidak lama kemudian ada beberapa mesej masuk dari kawan-kawan mengatakan mereka sudah bank-in $$ untuk kek dan hadiah kepada MekNa.
Huhuhu…sedihnya, terharunya. Terima kasih kawan!

Kawan-kawan,
Gembirakanlah hati mak dan abah kita supaya kita ini sentiasa di hati mereka berdua. Supaya setiap saat kita sentiasa ada dalam doa mereka. Dengan itu juga lorongan rezeki untuk kita menjadi mudah dan berkat, dalam berbagai bentuk, tidak semestinya wang ringgit sahaja. Setakat 10 minit sehari bersembang atau 2-3 sms sehari untuk mak dan abah di kampung, tak luak rasanya 24 jam sehari kita itu. Tarik sikit waktu berwhatsapp dan bertelegram kita dengan kawan-kawan. Mak dan abah tu orang yang akan kita cari bila kita rebah. Mak dan abah itu lah orang yang tahan dengan kerenah kita sejak tapak kaki kita sebesar ibu jari.

Kita semua tanpa sedar sudah ditarik nikmat masa olehNYa melalui teknologi yang sepatutnya memberi manfaat. Semuanya sudah terbalik. Teknologi sudah mengambil alih hampir segalanya dari diri kita. Tanpa kita sedar juga, kita telah membelakangkan 2 orang penting dan hebat dalam hidup kita. Syurga kita. Ibu bapa kita.

InsyaAllah.

Happy Birthday Mak!
Happy Birthday Anakanda Ibu MekNa!

Azura Abdullah
Anak Mak

#catatanmekzurots
#daricoollimkepulaichondong
#telegramdarilangit