Langkah Baru

Foto: Azura Abdullah
Teks: Azura Abdullah

lastmomentinkedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bismillah. Bermula episod baru di Tanah Serambi Mekah hari ini, tanggal 28hb Disember, 2013. Keputusan yang penuh debaran dan getaran tetapi merupakan keputusan yang sangat penuh dengan kepuasan. Kembali ke fitrah sebagai isteri, ibu dan anak dalam masa yang sama terus bekerja di rumah. Bukan lagi Jurutera, tetapi Working At Home Mom, mungkin juga Social Entrepreneur atau apa-apa saja yang mahu kita gelarkannya…janjinya Jana Wang Dari Rumah dengan suami dan anak-anak di depan mata. Terima kasih encik suami yang tak jemu memberi sokongan, mak dan abah yang tak putus iringi doa serta anak-anak ibu yang amat memahami. ” Kami tak kisah tak boleh shopping tak bercuti/jalan-jalan macam dulu. Janji ibu ada di rumah tolong kami buat homework, ajaq kami mengaji. Kami suka makan ibu masak. Kami suka ibu ambik kami balik sekolah “, pantas saja si kecil Irsyad menyusun kata dalam perjalanan dari Kedah siang tadi cuba memberi sokongan moral kepada ibu.

Tidak sabar mahu teruskan pecutan gaya baru, nafas baru di tempat baru. Doakan saya rakan-rakan sekalian.

“Ya Allah Ya Yarabbi, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kau Berkatilah perjalanan insan kerdil ini yang cuba mengatur langkah mencari keredhaanMu. Amin.”