Kenapa Menulis ?

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

kenapa menulis

Kenapa Menulis?

Ini antara soalan yang ramai Suri tanyakan kepada saya dan juga Guru-Guru Online di Akademi Bekerja Di Rumah. Kenapa perlu menulis dan berkongsi informasi dan kemahiran di blog? Kenapa?

Di Akademi Bekerja Di Rumah, para Suri ditekankan kepada ‘start-up’ bisnes dengan kos paling minima atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘LEAN’. Ini adalah sebagai persediaan kepada Suri yang mahu menceburi bisnes kecil-kecilan sebelum kembali ke fitrah bekerja dari rumah mahupun mereka yang mahu jadikannya sebagai pendapatan sampingan di kala masih bekerja.

Apa hubungkait ‘Start-up Gaya ABDR’ ini dengan Penulisan?

Sebelum saya ulas soalan di atas ada satu lagi soalan yang selalu Suri yang baru menceburi perniagaan, khasnya perniagaan online tanyakan, “Kenapa tidak ada orang membeli dari website atau blog saya?”. Soalan saya kembali kepada yang bertanya ialah, “Kenapa pembeli perlu memilih website/blog Cik Puan di antara ribuan website/blog di luar sana? Mereka ada banyak pilihan.”

Jika anda punya bajet besar memang mudah, tekan sahaja butang FB Ads dan lakukan pemasaran secara konsisten dengan bajet besar tersebut website, fanpage dan produk anda memang akan melekat di minda bakal pembeli anda kerana iklan anda akan sentiasa muncul di skrin mereka. Tetapi bagi yang tidak punya bajet pengiklanan sebegini inilah yang cuba Akademi Bekerja Di Rumah tekankan, iaitu melalui PENULISAN di blog.

Kepercayaan, Kredibiliti dan Ruang Rasa Selesa

Melalui penulisan di blog dengan berkongsi kemahiran, pengalaman dan sebagainya anda sebenarnya sedang memberi peluang kepada bakal pembeli mengenali anda, mengetahui siapa anda, apa yang anda lakukan dan seterusnya membina kepercayaan dan kredibiliti. Ini juga sebenarnya satu langkah membina ‘ruang rasa selesa’ oleh bakal pembeli anda kepada anda sebagai pemilik bisnes. Penulisan yang mewujudkan rasa percaya dan selesa ini akan menjemput mereka datang berulang kali ke laman blog/website anda. Mereka juga akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini anda dan apa yang anda tawarkan samada melalui blog/website mahupun media sosial. Itulah apa yang Jutawan Besar Puan Ainon lakukan dengan melalui perkongsian ilmu bisnes beliau di dalam media sosial melalui ‘Ainon Bisnes School’.

Peluang Bisnes

Apabila perkara di atas sudah anda capai (pastinya bukan sekelip mata – perlukan konsistensi dan kesabaran) perkara lain akan menjadi mudah bagi anda. Ianya seolah-olah anda membuat persediaan menebas lalang terlebih dahulu sebelum anda melalui jalan tersebut. Jika tidak perjalanan anda akan tersekat-sekat kerana terpaksa kerap berhenti untuk menebas lalang yang mengganggu laluan. Sebagai contoh, apabila pengikut anda sudah ada rasa percaya dan ruang rasa selesa lebih mudah untuk anda mendapatkan ejen-ejen bagi produk-produk anda, mereka sendiri akan mara ke hadapan mahu menyokong apa yang anda lakukan. Jualan menjadi lebih mudah.

Dari Website/Blog Ke Media

Selain dari itu, anda juga mempunyai peluang untuk dihidu pihak media seperti wartawan dan editor-editor majalah tempatan melalui carian Google. Penulisan yang menarik dan konsisten dapat mengekalkan anda di muka pertama carian Google. Penulisan di blog/website membantu memudahkan kerja-kerja Editor/Wartawan dan ini adalah situasi menang-menang jika pihak mereka berminat dengan cerita-cerita anda. Anda mendapat promosi percuma dan meningkatkan lagi kredibiliti anda jika dapat keluar di dalam akhbar ataupun majalah., lebih hebat lagi di kaca TV. Orang lain bersusah payah mengeluarkan bajet beribu-ribu ringgit untuk keluar di akhbar, majalah dan kaca television tetapi anda dapatkannya secara percuma.

Penulisan Satu Bisnes

Mungkin ada sesetengah dari anda memandang remeh bidang penulisan. Sebenarnya sangat besar peluang yang ada di bawah payung penulisan. Setelah anda berjaya membina kepercayaan, punya kredibiliti dan wujud ruang rasa selesa di kalangan penggemar anda, ini antara contoh peluang bisnes penulisan yang dapat anda teroka dan saya telah melakukannya:

1) Blog
Melalui penulisan blog anda berpeluang mendapat tajaan produk, tempat penginapan seperti hotel atau homestay, food tasting dan kemudiannya mengambil bayaran menulis ‘product review’ dari tajaan tersebut.

2) eBook
Anda boleh hasilkan ebook berdasarkan kepakaran anda dan menjualnya melalui minisite, media sosial, Google Play, Amazon dan lain-lain lagi.

3) Buku Fizikal
Jika anda benar-benar cintakan dunia penulisan, buku fizikal antara opsyen yang perlu anda fikirkan. Kini terdapat banyak syarikat penerbitan yang mengalu-alukan manuskrip dari penulis-penulis baru untuk dinilai.

4) Khidmat Penulisan Artikel
Kini terdapat banyak portal-portal online yang memerlukan khidmat penulis untuk berbagai topik, anda hanya perlu rajin mencarinya. Bayaran yang diberikan berbeza antara satu portal ke portal yang lain. Anda juga boleh menawarkan khidmat penulisan artikel bagi mereka yang mahu berkongsi idea tetapi tidak punya skil menulis.

5) Ghostwriting
Ramai usahawan berjaya menggunakan khidmat Ghostwriter untuk menulis kisah kejayaan mereka kerena mereka tidak punya masa untuk menulis. Anda mungkin salah seorang daripadanya satu hari nanti. Ghostwriter.

Itu antara peluang yang boleh anda teroka melalui bidang penulisan, bermula dengan PENULISAN BLOG. Banyak lagi sebenarnya. 

Jika ada masa, carilah buku Guerilla Marketing for Authors. Memang menarik buku ini. Anda akan dapat melihat perspektif yang lebih besar dunia penulisan.

Jadinya, pesan saya, usah dipandang sipi golongan penulis ini. Mereka pasang banyak mesin duit secara senyap.

Sampai di sini dulu. Sehingga lain entri. 

Oh!..terlupa saya. Saya akan sentuh tentang topik ini dalam Kelas Jana Wang Dari Rumah pada 29hb.Nov, 2014 di Kota Bharu nanti.

Klik di sini untuk mendaftar: http://bit.ly/1ySLsSU

Kelas Jana Wang Dari Rumah

Wassalam.