Kekal Konsisten dengan “Things To Do List”

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Things to do

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Suasana nyaman sekali di luar pada suhu 25 Celcius, walaupun sudah menginjak ke jam 11 pagi lebih. Cuaca yang sangat menggalakkan untuk pecutan maksima. Jika mahu kekal konsisten setiap hari terutamanya bagi suri WAHM, catat senarai tugasan yang mahu anda langsaikan pada hari tersebut. Setiap pagi saya akan duduk di meja dan menulis “Things To Do” untuk hari ini. Siap sahaja satu tugasan saya akan tandakan. Satu persatu dari masa ke semasa. Saya telah melakukan perkara ini semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki di alam pekerjaan dan ia sememangnya sangat membantu untuk kita kekal di atas trek. Telah sebati di dalam diri saya walaupun kini tidak lagi bekerja dengan orang. Sangat membantu untuk kita kekal berdisplin. Apatah lagi bagi peniaga-peniaga berasaskan internet, jangan habis satu hari hanya dengan merayau di alam maya tanpa arah tuju.

“Things To Do” anda selepas membaca coretan ini ialah satu buku nota … wajib tulis!!

InsyaAllah. Anda juga boleh melakukannya.

Wassalam