Jom memukat!

Teks: Azura Abdullah
Foto: Carian Google

bang;a

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

“Banyak betul kita lihat, walau bahasanya rosak, tetapi mereka tegar menggunakan apa sahaja yang ada. Kita? Nak tunggu sempurna baru mahu mula. Malu kepada mereka, itu sebab rezeki berpihak kepada usaha yang luar biasa”, antara petikan nota peransang Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad.

Menurut Gabenor Bank Negara Bangladesh Dr Atiur Rahman sewaktu melancarkan syarikat kiriman wang ke Bangladesh, CBL Money Transfer Sdn Bhd. di Kuala Lumpur baru-baru ini, Malaysia merupakan destinasi ketiga tertinggi menjadi tumpuan pekerja Bangladesh selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE). Tahun lalu sahaja, transaksi sebanyak USD847 juta mengalir dari Malaysia ke Bangladesh. Pekerja yang menghantar duit ke Bangladesh memastikan mereka yang tinggal di sana menikmati kestabilan harga dan mampu berbelanja.

Nota di atas menunjukkan betapa besarnya peluang yang terhampar luas di bumi bertuah Malaysia. Seluas Laut Cina Selatan menanti nelayan datang memukat.

Mari kita ambil nota di atas dai sudut positif. Dari sudut usaha luar biasa mereka menggunakan kemahiran yang ada untuk mencari sesuap nasi. Dari sudut kesanggupan mereka merendahkan martabat mereka yang sebenarnya berpelajaran tinggi di negara mereka tetapi tiada peluang di sana. Mereka betul-betul berusaha keras merebut peluang, memukat di lautan luas dan mengambil apa sahaja yang tersangkut, bak kata pepatah Inggeris, “push to the limit”. Saya amat biasa dengan situasi disapa pekerja Bangladesh selepas selesai mengajar kelas Keselamatan Di Tempat Kerja kepada pekerja-pekerja kontrak yang punya tugasan di syarikat saya bekerja sekarang. Mereka tidak malu memberi kad seperti di atas menawarkan khidmat hujung minggu untuk memotong rumput, berkebun, mengecat, membaiki paip dan bumbung bocor kepada saya.

Mana tahu saya tersangkut di pukat mereka. Tak rugi mencuba bukan!

Lain pula halnya kita para suri. Selalu bermain difikiran mahu mengubah ekonomi, mahu menjadi bos kepada diri sendiri, mahu satu harinya kembali kepada fitrah sebagai isteri dan ibu. Tetapi kita masih kelabu. Masih berfikir dan berfikir sahaja saban hari tanpa tindakan. Saya juga begitu suatu ketika dahulu.

Mari bangun wahai suri sekalian, lihat sekeliling, pasti ada sesuatu yang boleh kita usahakan. Hobi kita sendiri, minat kawan-kawan, pengalaman sewaktu kecil, pengalaman rakan-rakan semuanya boleh dijadikan asas mula bisnes. Lihat dengan mata hati. Pasti ada sesuatu. Jika buntu, mungkin ebook keluaran Akademi Bekerja Di Rumah dapat membantu. eBook berjudul 101 Home Based Biz memberi 101 idea kepada para suri untuk memulakan bisnes yang sesuai.

Didoakan ada manfaatnya coretan ringkas ini.

Bersambung lagi!