JJMK Februari 2016 – Pantai Kundur & Mekmas, Kota Bharu

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah & Kak Rosminah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

InsyaAllah dengan izin Allah swt pada 27hb Februari, 2016 pihak NGO Wargakilang Kelantan akan menyantuni 15 keluarga asnaf dari Pantai Kundur dan Mekmas, Kota Bharu.
Mereka termasuklah beberapa keluarga yang terlibat dalam bencana ombak besar baru-baru ini.

Gambar di atas ialah antara sumbangan yang telah sampai ke rumah saya hasil kiriman rakan-rakan dermawan budiman dari Kedah. Beras, tepung, minyak masak, bihun dan pakaian terpakai. Bersusah payah pos dan beras pula datang hantar di tengah malam mengambil peluang mengunjungi anak beliau di Terengganu. Allah swt merahmati kalian.

Sumbangan lain yang amat kami hargai ialah kelengkapan solat, alat tulis, mainan kanak, buku cerita dan goodies pack untuk anak-anak asnaf.
Makanan dan keperluan dapur serta wang tunai juga dialu-alukan kerana rata-rata mereka adalah nelayan.
Dengan sumbangan yang bakal kita sampaikan ini dapatlah mereka menarik nafas lega untuk beberapa minggu kerana rata-rata mereka adalah nelayan dan tidak dapat ke laut akibat ombak yang masih kuat.

image

image

Antara keluarga yang bakal disantuni ialah:

Keluarga #1.
Suami oku (mental) dan isteri bekerja sebagai pembantu kedai. 6 orang anak berumur 15 hingga 5 tahun dan masih bersekolah. Emak pasangan ini yang lumpuh juga di bawah tanggungan mereka dan memakai lampin pakai buang.

Keluarga #2
Suami bekerja sebagai nelayan & buruh. Mempunyai 7 orang anak, 4 orang masih bersekolah. Merupakan mangsa ombak besar baru-baru ini. Sekarang menumpang di rumah emak saudara.

Keluarga #3
Pasangan nelayan ini mempunyai 13 orang anak. 5 daripadanya sudah berkahwin dan kehidupan mereka sendiri sempit. 2 orang anak lagi masih bersekolah manakala 6 orang lagi membuat keputusan untuk tidak bersekolah dan membantu ayah ke laut sebagai nelayan. Sudah sebulan tidak ke laut kerana ombak masih kuat. Rumah mereka terlibat dengan bencana ombak besar baru-baru ini.

Keluarga #4.
Suami nelayan dan isteri mencanting batik. 4 orang anak dan 3 daripadanya masih bersekolah. Rumah terlibat dengan bencana ombak besar dan sekarang menumpang di rumah mertua.

Keluarga #5
Ibu tunggal anak 11 orang. 3 daripadanya sudah berkahwin. Hanya seorang sahaja yang bersekolah di tingkatan 4. Yang lainnya bekerja kampung sebagai pembantu kedai, mencanting batik. Rumah terlibat dalam bencana ombak besar dan rosak teruk.

Keluarga #6
Keluarga ini tinggal di atas tanah sewa. 8 orang anak berumur antara 20 hingga 4 tahun. Anak yang sulong kini belajar di UKM dan pihak NGO Wargakilang sedang berusaha untuk membantu melangsaikan yuran pengajian beliau. 5 yang lain masih bersekolah. Anak yanh berumur 19 tahun adalah OKU.

Keluarga #7
Buruh anak 8 yang berumur lingkungan 21 hingga 2 tahun. 4 masik bersekolah. Anak pertama sedang menuntut di ILP dan yang kedua di Kolej Teknologi Mara. Merupakan mangsa banjir besar 2014 hingga kini masih menumpang di bangsal kepunyaan adik mereka yang tiada bilik.

Pihak kami masih dalam proses meneliti senarai asnaf yang layak dan sebagai mana dikatakan tadi kita akan santuni 15 keluarga.

Sebarang sumbangan atau kiriman barang-barang boleh terus hubungi saya.

Whatsapp/ telegram 011 25459481
Email: pn.azuraabdullah@gmail.com

Sumbangan itu mungkin kecil bagi kita tetapi sangat bermakna bagi mereka waima satu paket gula-gula dapat memberi senyuman buat anak-anak ini.
InsyaAllah.

Rakan-rakan yang berkelapangan masa boleh turut serta bersama kami nanti.

Terima kasih.

Hanya Allah swt yang dapat membalasnya.

#jjmk
#jjmkfeb2016
#wargakilang