Ibubapa Guru Pertama

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Ibubapa Guru Pertama

Pagi ini cuaca sangat menduga keimanan, berkabus dan sejuk.

Bekerja dari rumah macam saya silap haribulan pakai lena ja lah lepas hantar anak-anak ke sekolah.

Baik, mari kita ulangkaji sedikit.
Buku BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI, mukasurat 44, Aplikasi Ilmu dan Pengalaman Dalam Perniagaan (kecil).

Muncung juga dahulu saya bila perlu bangun awal pagi membantu emak siapkan kuih cara untuk abah letakkan di warung.
Muncung juga saya bila pergi mengaji kelas agama petang perlu bawa aiskrim Malaysia, sate nangka dan sengkuang dicalit kuah rojak.
Muncung juga saya bila balik sahaja dari kelas agama terus ke petak sawah perlu menolong emak dan abah menyemai benih padi atau ke kebun sayur menyiram pokok.

Ada ilmu yang mak dan abah terapkan sebenarnya dalam setiap langkah.
Ibarat Dre-Parker yang pada mulanya memberontak tidak puas hati dengan cara Master Liu mengajarnya dalam filem The Karate Kids.

Sekarang barulah tahu betapa mahal nilainya.

Setiap helaian episod kehidupan kita terutamanya di waktu kecil dan cara didikan ibubapa kita penuh dengan makna.
Cuba kenang dan renungkan.
Waktu kecil/sekolah/belajar dahulu pernah berniaga tak?
Berniaga apa?
Kongsilah.