I Love My New Routine

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

new routine

Alhamdulillah.
Seawal 5.30pagi sudah bermain dengan senduk dan kuali siapkan sarapan keluarga. Hari ini bihun goreng ketam dan teh tarik. Jam 7 pagi terus hantar anak-anak ke sekolah, langsung ke Pasar Machang membeli ikan dan sotong untuk tengahari nantinya. Hanya RM18.50 kos makan tengahari. Sekarang mahu berjalan-jalan senaman ringan di batas sawah sebelum masuk ke SOHO (small office home office) saya untuk beberapa jam sebelum anak-anak pulang. Pakaian kotor sudah berada di dalam mesin, biar encik robot itu selesaikannya. Telah lama saya impikan rutin sebegini. Terima kasih Ya Allah. “Nikmat manakah lagi yang engkau dustakan?”.

Salam kasih sayang untuk semua dari Tanah Serambi Mekah.