Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih!

Teks: Azura Abdullah
Gambar: Carian Google

Dalam perjalanan ke klinik pagi tadi seawal jam 9 pagi (saya kurang sihat – lelah), ketika kereta berhenti di lampu isyarat terserempak dengan Pakcik Si Penjual Kuih & Nasi Lemak dengan bakul yang kosong terus. Seawal jam 9 pagi sudah habis. Hebatkan. Yang penting kita perlu kreatif dalam melayari bisnes. Bisnes yang biasa tetapi hasilnya luar biasa kerana cara aplikasinya juga yang luar biasa.

Pakcik Si Penjual Kuih & Nasi Lemak ini menawarkan khidmat “pintu ke pintu” seawal subuh. Mudahkan. Para surirumah yang tak punya kenderaan dan ibu bekerja yang berperang dengan masa pasti suka. Dengar saja hon motor Pakcik Si Penjual Kuih & Nasi Lemak…sarapan sudah di depan mata.
Ayuh Suri! Pasti ada sesuatu yang anda boleh mulakan.
Hingga ketemu lagi!