Hati Kita Dalam Genggaman Allah

Teks: Azura Abdullah
Foto: Majalah Era Muslimah, BIL 31.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillah.
Rakan-rakan saya di sini, saya jemput berkenalan dengan Puan Nurul Iman Anna Henry (akaun Facebook) di ruangan Kembali Ke Fikrah, Majalah Era Muslimah, BIL 31.

image

Bergetar hati saya ketika menulis artikel ini. Manakan tidak, kita yang dilahirkan secara keturunan sebagai Islam tidak perlu bersusah payah mencari nur Islam. Islam itu sendiri datang kepada kita, tetapi golongan terpilih iaitu ‘saudara kita’ ini menghadapi pelbagai pahit getir yang sesiapa sahaja barangkali boleh gugur di pertengahan jalan.

Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Editor Nik Fauziah Nik Hussin di atas peluang menulis di ruangan ini, peluang berdakwah dan juga ‘alarm’ dari Allah swt kepada diri saya sendiri agar tidak leka dan terlalu selesa.

Alhamdulillah. InsyaAllah.